Ampang Jaya : Lelaki berusia 42 tahun ditahan di Sungai Long, Kajang pada 11. 10 malam tadi berhubung kes pemandu lori diserang di khalayak ramai oleh sekumpulan lelaki di pekarangan kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada 14 Januari lalu.

Sumber polis berkata, dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dengan dibantu Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D8 Selangor dan JSJ D9 Bukit Aman berjaya mengesan suspek di bersembunyi di rumahnya.