Pemuda Umno bersama wakil beberapa NGO
bertindak membakar bendera Israel sebagai membantah kempen ketenteraan
rejim Zionis ke atas Tebing Gaza yang sedang berlangsung sekarang ini.
Tindakan itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (
bercakap dengan pembesar suara) dilakukan pada satu himpunan sekitar jam 2.45 petang ini di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Exco Pemuda Umno, Arman Azha Abu Hanifah mendakwa himpunan itu disertai
kira-kira 200 orang dan ia dibuat untuk menyatakan kemarahan Malaysia
kepada "tindakan tidak berperikemanusiaan" Zionis.
“Kita mengecam kekejaman rejim Zionis, kita buat demonstrasi ni supaya
Amerika syarikat beri tekanan kepada Israel supaya menghentikan serangan
mereka ke atas Palestin dan juga negara Islam dalam dunia ini,” katanya
kepada
Malaysiakini.