Saya tidak
kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada duit. Saya ada
peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin saman dia dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika mereka tangkap
dan tuduh saya khurafat,” katanya.
Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.
Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri
daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan
personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan.
Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk
memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan
perkahwinan.
“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang
datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei,
Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan
mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian
Insider, baru-baru ini.
Beliau yang yakin dengan kehandalan dan kebolehannya menyembuh
menggunakan cara tradisional tidak terganggu dengan isu yang membuatnya
terkenal susulan aksinya di KLIA minggu lalu menggunakan kelapa,
teropong buluh dan sangkar ikan untuk “menghalau semangat jahat” dalam
usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
Aksi “permaidani ajaib” Ibrahim mencetuskan kemarahan dan pengguna
sosial media menganggap perbuatan itu memalukan menyebabkan mereka
mengkritik dan mempersenda Ibrahim.
Perkataan “bomoh” menerima tweet lebih daripada 200,000 kali dan sentimen utamanya kelihatan ia sesuatu yang memalukan.
“Saya tidak melakukan apa-apa yang haram.
“Saya guna ayat Al-Quran dan doa supaya pesawat dan penumpang boleh
dikesan. Ini tidak menyalahi agama. Jangan panggil saya murtad kerana
ini.
“Mengejek saya juga tidak membawa kebaikan. Saya ikhlas menolong kerajaan,” katnaya.
Dalam dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur minggu
lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan
“melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat menemui pesawat”.
Lelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang
juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai
orang sejak berusia 10 tahun.
“Pelanggan saya pelbagai. Kebanyakan daripada mereka adalah orang penting, kaya dan ahli politik,” katanya.
Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada
kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.
Residen British pertama di Perak, J W W Birch, dibunuh oleh pejuang
kebangsaan Melayu dan negarawan, Datuk Maharajalela dan Sepuntum pada
1875.
Ibrahim juga menyenaraikan peranannya dalam beberapa kejadian besar
dalam negara: antaranya ialah memanggil semula roh mangsa tsunami 2004;
menjejak mayat mangsa lemas di banjir besar di Kuala Dipang; mengesan
mayat mangsa kondominium Highlands Tower yang runtuh pada 1993; dan
melemahkan ilmu hitam Mona Fendy supaya hakim boleh menjalankan tugasnya
tanpa diganggu di mahkamah Temerloh di Pahang, di mana Mona Fendy
akhirnya disabitkan bersalah membunuh ahli politik pada 1993 dan dihukum
gantung.
Mengenai kaedahnya yang “istimewa” dalam membantu Putrajaya mencari
MH370, Ibrahim berkata, setiap individu ada cara tersendiri untuk
membantu.
“Orang teknikal guna sains dan radar kesan pesawat. Saya guna ayat
Al-Quran dan barangan yang saya bawa bersama ketika sesi (ritual) bukan
untuk dipuja.
“Saya tidak puja barang itu kerana mereka hanya sebagai symbol. Seperti
menangkap ikan, adakah kita hanya berharap dan berdoa menangkap ikan
tanpa ada peralatan? Tidak, bukan? Jadi mata kail dan perangkap ikan
adalah symbol mendapatkan pesawat itu,” katanya.
Mengenai kutukan yang diterimanya sejak episode di KLIA dan cadangan
beliau ditangkap kerana melakukan ilmu hitam, Ibrahim berkata, mereka
tidak sepatutnya menghakiminya tanpa bercakap dahulu dengannya.
“Saya bukan bomoh tepi jalan. Saya bomoh jutawan. Saya ada perniagaan
pembinaan selain membantu dan merawat orang. Anda tidak pernah dengan
tentang saya kerana saya tidak menunjuk-nunjuk kekayaan saya seperti
orang lain.
“Khairy Jamaluddin (menteri belia dan sukan) hanya cakap besar tetapi
dia tidak ada apa-apa. Saya lebih kaya daripada dia,” katanya.
Awal minggu ini, Ibrahim mengugut untuk menampar Khairy yang juga Ketua
Pemuda Umno kerana memperkecilkannya dan meminta supaya dia ditahan.
“Dia patut hormat orang tua. Dia mungkin tidak tahu saya tetapi ahli
politik yang lebih tua kenal sangat dengan saya. Malah, Datuk Seri Zahid
Hamidi ialah ketua seni mempertahankan diri kami,” katanya merujuk
kepada menteri dalam negeri.
Maklum balasnya terhadap ejekan Khairy ialah beliau mengugut untuk menamparnya seperti buaya.
Khairy, bagaimanapun, tidak mengambil ugutan itu secara serius dan terus
membuat lawak mengenai perkara itu dalam beberapa siri tweet menerusi
akaunnya.
Dalam satu tweet, Khairy berkata:“Raja Bomoh nak tampar saya cam kokedai”.
Ibrahim berkata, beliau tidak teragak-agak untuk melakukan ugutannya itu dan akan melaksanakannya jika kesabarannya teruji.
“Saya tidak kisah membayar denda (kerana menampar Khairy). Saya ada
duit. Saya ada peguam. Saya bukan bomoh kelas bawahan. Saya mungkin
saman dia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM100 juta jika
mereka tangkap dan tuduh saya khurafat,” katanya.
Beliau berkata, tidak ada apa yang hendak dimalukannya dan tidak
beranggapan caranya “membantu” kerajaan mencari pesawat hilang itu
meletakkan negara dalam keadaan yang memalukan.
“Tidak, saya tidak buat apa-apa kesalahan. Anda hanya rasa malu jika buat salah, dan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.
Perbualan kami berakhir di situ, dan sebelum itu Ibrahim berkata, dia
biasanya berjalan dengan sekurang-kurangnya 16 pengawal peribadi.
“Saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya tidak berseorangan. Saya
ada 16 pengawal peribadi bersama saya setiap masa. Saya masih berfikir
di mana patut yang lakukan sembahyang saya bila sampai di sana,”
katanya. – 16 Mac, 2014.
Wa Allahu'alam..
SUmber : ohdunia.my