KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan antara beliau Yang di-Pertuan Agong sebelum ini adalah bagi menjawab kebimbangan melibatkan pembentukan kerajaan baharu di negara ini.
Katanya, beliau akan memberi jaminan kepada Baginda bahawa kerajaan komited untuk mempertahankan perlembagaan termasuklah pemerintahan monarki.
" Sebenarnya saya telah bertemu dengan hampir semua institusi diraja di negara ini. Sudah tentu keprihatinan raja-raja perlu dihargai oleh semua rakyat Malaysia kerana mereka berada di kedudukan yang berkecuali dan tidak mampu untuk respons terhadap sebarang kebimbangan rakyat.
"Sudah tentu mereka menyambut dengan baik dan berbesar hati kerana kami komited untuk mempertahankan perlembagaan dan termasuk sistem monarki tersebut," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian.
Katanya, perkara kedua yang ditanyakan oleh Baginda adalah melibatkan kedudukan Islam di negara ini.
"Ini adalah kerana Baginda melihat perkembangan menerusi media sosial dari masa ke semasa bahawa terdapat tindakan yang dilihat bertentangan dengan Islam malah ada di antara membuat permintaan yang melebih.