Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.
"Setakat ini maklumat yang kita terima 'hearsay' sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Jalaluddin berkata polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.
"Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat," katanya.
Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari semalam.
- Bernama
RAYUAN AHLI UMNO DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN BOLEH DIPERTIMBANGKAN MKT
-
UMNO merasakan tiada kewajaran untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan
Malaysia mengambil mana-mana ahli di kalangan parti-parti dalam gabungan
Kerajaan...
11 jam yang lalu