----------------$$$$----------------

InstaForex

14/10/11

Adakah Malaysiakini dijual pada Umno?

Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa sukar untuk laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang kesan politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.

Kami salah.

Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kami menonjol.

Bahagian yang sukar untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila fenomena dot.com tiba - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini terngiang-ngiang di telinga: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata.

Keputusan untuk memperkenalkan langganan sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandunagn Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulur tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong.

Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenal - kami menulis rayuan ini:

"Tiada laman berita dalam talian terbukti bertahan. Yang paling berjaya laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian. Sebahagian besarnya masih di awan mendung.

"Perkara itu mengasak kita menghadapi keadaan Hobson's choice atau pilihan tunggal: Kunci laman ini dan mungkin hilang pembaca - dan masih tiada jaminan bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati.

"Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kami kini serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka.

Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai mendukung Malaysiakini mendermakan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara runcitan tetapi berpengaruh - huru-hara yang mengambil tempat dalam negara.

Berdepan gergasi sejagat

Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi.

Pembekal maklumat - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet.

Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat.

Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasa besar sejagat.



Malah, tiada satu pun daripada empat syarikat dalam talian paling berpengaruh - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam tarian di seluruh dunia.

Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengir untuk sejumlah wang yang relatifnya tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan yang seperti Google.

Untuk sekarang, hakikat yang pahit bahawa langganan ialah satu cara - and untuk sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas.

Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi.

Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, laman web Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan.

Pelbagai sumber pendapatan

Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Elakkan sebarang kesalahan - kita sedang merintis projek untuk memastikan nasib kebebasan media.

Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar.

Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi.

Antara penambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, yang mana memberikan kebenaran kepada enjian carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran.

Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dunia dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali.

Jadi, ia mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan yang ringkas - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - dipusing oleh beberapa laman berita kepada pertukaran kandungan demi saham.

Biar kami jelaskan - kami tiada sebarang hasrat untuk memiliki sebarang sahan dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini.

Bagaimanapun, untuk penggunaan kandungannya - yang membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan untuk sampai kepada lebih banyak pembaca - menjadi perniagaan yang baik, dan untuk kewartawanan.

Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara padanya - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.

Kami terkejut apabila pesaing dalam talian kami gagal faham bentuk ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu tempat.

Jadi, adakah Malaysiakini akan dijual kepada Umno? Langkah mayat kami dahulu.

Dan kami katanya ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat pernjanjian sebegini dengan ahli politik.

Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan secara cermat dan teliti telah melindunginya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit.

STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.

Penggodam telefon selebriti hadapi 26 tuduhan

LOS ANGELES: Seorang lelaki disyaki penggodam yang mencuri gambar bogel Scarlett Johansson ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), semalam.

Christopher Chaney, 35, didakwa 26 pertuduhan menggodam komputer, mencuri identiti dan mencuri dengar perbualan telefon.

Penahanan itu dibuat melalui siasatan di bawah Operasi Hackerazzi FBI. Polis melancarkan siasatan bagi mengesan pihak bertanggungjawab mencuri imej peribadi daripada peralatan elektronik sehingga 50 selebriti wanita.

Selain Scarlett, turut menjadi sasaran ialah Miley Cyrus dan Vanessa Hudgens.

Imej bogel Scarlett muncul di Internet bulan lalu selepas didakwa dicuri penggodam dari telefon bimbitnya.

Bintang High School Musical, Vanessa, menemui ejen FBI Mac lalu.

Penggodam juga mencuri gambar sulit Mila Kunis bersama pasangannya dalam filem Friends With Benefits, Justin Timberlake, dari telefon aktres terbabit.

13/10/11

Beri IC, PAS dakwa ada bukti

PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - dikesan berlaku hampir setiap hari.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata mereka mendapat maklumat berdasarkan risikan jentera mereka termasuk mengekori bas terbabit dan mengambil gambar sebagai bukti.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"(Modus Operandi) itu dibuat secara terang-terangan membawa (pendatang asing) dengan bas," katanya sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang. Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya.

Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu.

Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin. Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya.

Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu.

Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin.

Orang bodoh buat laporan polis dibuat pada Orang Cerdik (Aziz Bari)

Sebuah NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sedangkan, kata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin (dua dari kiri), kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Hamidzun mendakwa, kenyataan itu boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Beliau mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Hadir sama bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor.

Baginda sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Bob Lokman enggan hadir siasatan JAIS

Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman berkeras tidak akan hadir memberikan keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahannya kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam," katanya yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin hari ini dilaporkan berkata, jabatan itu akan memohon waran tangkap terhadap Bob yang disifatkannya "berdegil" tidak hadir memberikan keterangan setelah diarahkan berbuat demikian pada 11 Oktober. Kegagalan itu membolehkannya dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

'Tunjuk kuasa'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Bob mendakwa penahanannya di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu hanya "menunjukkan kuasa" dan tidak boleh diterima.

Malah, dakwanya, terhadap juga seorang pegawai agama yang terlibat dalam serbuan itu turut membuat provokasi terhadapnya dengan "menghina" dan "mengejek" penyokong PAS.

Ditanya tindakan lanjutkan ekoran perkembangan terkini itu, Bob berkata beliau hanya "tunggu dan lihat" dan belum melantik mana-mana peguam untuk membantunya.

"Saya tidak ada duit hendak lantik peguam," tambahnya lagi.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah dengan pembangkang.

12/10/11

Pegawai Imigresin takut polis maut terjun tingkat 12

KORBAN... mangsa terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville ketika cuba melarikan diri daripada polis.

GOMBAK: Cubaan seorang pegawai imigresen untuk melarikan diri daripada polis berakhir dengan tragedi apabila dia maut dengan cebisan otak bertaburan selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, empat anggota Jabatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pergi ke rumah Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, bagi menyiasat kes penipuan membabitkan mangsa.

Bagaimanapun mangsa yang disyaki panik selepas mendapat tahu kehadiran anggota polis nekad memanjat tingkap kediamannya untuk ke ruang tangga berhampiran sebelum dia dikatakan tergelincir dan terjatuh.

Akibat kejadian, mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang, maut di tempat kejadian dengan kepalanya pecah.
SIASAT... anggota polis forensik melakukan siasatan terhadap mayat Mohd Irwan yang terjatuh dari tingkat 12. Isteri mangsa, Suridah Suhardi, 35, berkata, ketika kejadian suaminya baru bangun daripada tidur dan memberitahu dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan menyuruh sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai polis pergi dari situ.

“Sebelum ini, suami saya sudah berpesan yang dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan jangan membuka pintu jika ada orang mencarinya,” katanya. Menurutnya, dia kemudian berjumpa sekali lagi dengan anggota polis terbabit dan memberitahu suaminya tidak mahu berjumpa dan menyuruh mereka pergi ke rumah ibu suaminya jika ingin menyelesaikan apa-apa masalah.

“Saya kemudian menutup semula pintu dan pergi ke arah suami. Pada ketika itu, dia memberitahu ingin keluar menggunakan tingkap bilik dan menggunakan tangga untuk turun ke bawah.

“Saya menghalangnya kerana bimbang dia akan terjatuh dan dia pada mulanya dia seperti tidak jadi melakukan perkara itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suridah berkata, bagaimanapun ketika dia sedang sibuk menguruskan anak lelaki berusia dua tahun di bilik air, suami sekali lagi bertindak memanjat tingkap untuk turun ke bawah sebelum terjatuh.

“Dia mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan untuk berehat di rumah akibat tekanan kerja dan sepatutnya bekerja semula awal tahun depan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, anggota polis yang pergi ke kediaman mangsa ada memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan memaklumkan mereka mencari orang bernama Irwan.
“Wanita terbabit kemudian memberitahu suaminya yang dicari mereka sedang mandi dan meminta tunggu sebentar.
“Anggota polis kemudian menunggu di luar sementara wanita terbabit terus mengunci pintu rumah. Lebih kurang 15 minit kemudian mereka sekali lagi mengetuk pintu rumah dan dibuka isteri mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, wanita terbabit memberi alasan suaminya tiada dan berada di rumah ibu dan terus menutup pintu.

“Tidak lama kemudian, anggota polis yang masih menunggu di luar kediaman itu terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Hasil pemeriksaan, mereka mendapati mangsa telah terjatuh ke bawah (kondominium) apabila cuba melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah berjumpa dengan pakar psikologi akibat tekanan dengan kerja dan mengambil cuti tanpa gaji bagi menenangkan fikirannya.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia enam tahun dan dua tahun.

Wanita Disihir guna gambar dalam FACEBOOK

Akibat KEGHAIRAHAN meletakkan GAMBAR di facebook.. Nauzubillah min zalik..
Klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas..

Mungkin ada yang BEGITU GHAIRAH sehingga menimbulkan RASA RIAK dalam diri tatkala gambar-gambarnya DIPUJI, DILIKE beratus-ratus orang.

Astagfirullahalzim.. JANGAN biarkan MATA-MATA LIAR melihat LENTOK badan anda semasa berposing, semasa BERGAYA. Memang sangat MENGGODA.. dengan TABARRUJ, dengan SENYUMAN menggoda, rambut yang panjang,

bahkan pakaian yang MENAMPAKKAN AURAT memang MENJADI IDAMAN setiap lelaki yang nakal.. Idaman dan BAHAGIA tatkala dapat MEMBAYANGKAN GAMBAR-GAMBAR anda..

Masa anda tidur, gambar anda ditatap, dibayangkan dengan syahwat..masyaALLAH..Banyaknya dosa secara TIDAK SENGAJA yang enti dapat.. Sehingga ada yang ''BERKENAN'' dan mengambil gambar anda.. Mudah sahaja.. Di ruangan FACEBOOK ini sudah DISEDIAKAN ''DOWNLOAD'' bagi memudahkan mereka mengambil gambar enti secara PERCUMA =='

Ingat PESANAN ALLAH S.W.T dalam surah-surah ini: ''Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.'' [Surah Al-A'raf 7:31]

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.'' [Surah An-Nur 24:31]

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.
Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

[Baca berita asal]

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.
Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.
Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.
Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini. (Klik untuk dengar rakaman perbualan dengan operator TM Net)
12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

Bob Lokman: Saya ditangkap Jais bukan kerana agama, tapi Umno

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”
Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.

Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya.
Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.
Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.
“Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.

Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab.

“Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

“Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

“Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.

Bolehkah Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya

Soalan Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato' dapat jelaskan.

SUBHAN JAMAL,Kuala Langat

Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.

Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini. Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.

Jawapan oleh Dato' Dr Haron Din

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu........(hingga akhir ayat)." (Surah al-Anfaal, ayat 48) Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.
Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

dalam Kitab Gharaib Wa'ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin'.

Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.

Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber'idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber'idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.

Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.
Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.

Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati.
Wallahua'lam.

(Petikan dari Ruangan bersama Ustaz Dr. Haron Din: Harakah Bil.1340)

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.
Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.
Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.
Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.
Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu. Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.
Tian: PM perlu jelaskan
Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.
Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.
Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian (kanan) berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.
"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya.
Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."
"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya.

11/10/11

Fungsi Langganan Borang E-mel Blog

Fungsi Langganan Borang E-mel adalah untuk memberitahu pelawat-pelawat setia anda untuk melanggan artikel baru / posting masuk ke email mereka. Jadi jika anda post artikel baru, pelanggan anda akan menerima artikel anda secara automatik. Ia sangat berguna, pelanggan anda akan tahu jika ada artikel baru, jadi mereka akan datang untuk melawat blog anda immediatly. Di sini silap mata tersebut untuk mewujudkan Langganan Borang E-mel
1. layari laman ini: http://www.feedburner.com
2. Anda akan melihat satu kotak untuk memasukkan suapan blog anda. masukkan suapan blog anda di kotak. Biasanya suapan blog anda adalah seperti ini: http://YOURBLOGNAME.blogspot.com/feeds/posts/default
3. Jika anda mempunyai fail video dalam kandungan blog anda, semak pada kotak "Saya podcaster", Jika tidak, ia tidak perlu. Kemudian klik "Next" Button.
4. Selepas itu, anda perlu mengisi borang, isi dengan maklumat anda kemudian klik pada "Feed Aktifkan"
5. Jika anda berjaya, anda akan melihat "Tahniah anda ....." notificaton.
6. Pada buttom anda akan melihat butang "Next" dan link "Langkau terus kepada makanan pengurusan", pilih pautan ini.
7. Anda akan lihat beberapa menu di atas. Pilih "Langganan E-mel" menu.
8. Di sebelah kiri anda akan melihat menu lagi, sekarang klik pada "Email Subscriptions"
9. Kemudian klik pada butang "Aktifkan".
10. Anda akan sedikit kod di tempat. Pilih kod dalam "Kod Borang Subsciption" kotak, dan menyalin. kemudian klik "Save" Button.
11. Untuk palam pada blog anda, pergi ke "Layout ->>Add Page element-->HTML/Javascript" paste kod anda pada kotak.
Lihat blog anda, Sekarang anda mempunyai "E-mel Borang Langganan" Tahniah ....

UMNO yang haprak - Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.
“Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan. Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.
“Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.
"Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit.
“Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.
"Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain,” kata beliau.
Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah.
“Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan ‘mengutamakan yang senang’,” hujah beliau lagi.

KJ kena perli - 'Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam Kabinet'

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.
"Ini merupakan satu pembohongan bagi mengelirukan orang ramai. Dalam ucapannya, lain, dengan angka yang hanya RM5 bilion, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat dinyatakan begitu besar sehingga berbelas bilion," kata Khairy.
Ketika bangun menjawab tuduhan itu bagi sesi perbahasan Bajet 2012 Kerajaan BN pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini, Anwar berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana ucapan beliau itu dibuat ketika Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 belum dibentangkan oleh beliau.
Oleh itu, ucapan beliau mengenai perkara itu hanyalah pada anggaran kasar, tetapi angka yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu adalah jumlah yang lebih terperinci yang sepatutnya dijadikan rujukan dan diterima.
Menurut beliau, Khairy ternyata keliru dengan perkara itu dan beliau tidak sepatutnya membuat tuduhan tersebut kerana jelas berpunca dari kekurangan penelitiannya sendiri mengenainya.
Walaupun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meminta Khairy melakukan penelitian lebih mendalam berhubung perkara itu, Khairy tetap menuduh Anwar "berbohong" dan menyifatkan belanjawan Pakatan Rakyat itu hanyalah angka untuk mengelirukan rakyat.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang bangun mencelah turut meminta Khairy lebih cermat dengan ucapannya kerana angka RM5 bilion yang diucapkan oleh Anwar itu hanyalah anggaran kasar, manakala angka sebenar yang dibuat dengan lebih terperinci sememangnya seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Namun Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tetap mempertahankan tuduhan beliau, malah melebarkan pula hujahnya dengan bukti tidak tepat yang turut dibabitkan perbezaan harga komputer masa lalu dan terkini.
Tindakan Khairy memaksa Anwar yang juga Ketua Umum PKR bangun kembali selepas itu dan berkata, Khairy ternyata keliru dan tidak teliti dalam membaca ucapan beliau dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 itu.
"Sikap seperti ini tidak sepatutnya dimiliki. Tetapi sekarang fahamlah saya kenapa Ahli Parlimen Rembau tidak dilantik dalam Kabinet," katanya.
Manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail pula ketika bangun berucap mengingatkan Khairy dan para pemimpin Kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab terhadap wang negara dalam melaksanakan sesuatu projek.
Katanya, belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah untuk menyelamatkan wang negara dan bagi kepentingan rakyat yang sepatutnya diteliti dengan mendalam sebagai rujukan.
"Tetapi tentang projek komputer ini, di Terengganu sekarang pun (yang diperintah oleh BN) masih juga belum selesai-selesai," katanya.

Pang Chow nafi sekeras-keras ugut tinggalkan PAS

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.
Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).
"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.
"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.
Selesai melalui mesyuarat
Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.
Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.
Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.
"Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.
"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.
"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.
Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.
"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya.
Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan.
Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan.

Antara Muka Pengguna Blogger terbaru


Blogger telah memperkenalkan UI baru (Antara Muka Pengguna) di mana antara perubahan yang lain, orang-orang tab yang biasa di bawah Tajuk Blog (lihat gambar skrin di bawah):
telah digantikan dengan menu drop-down di hujung kanan senarai blog sejurus sebelum tab LIHAT BLOG. Lihat skrin dipaparkan seperti bawah:

Macam-Macam " Bedah untuk jadi Superman

MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.
Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot. Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu. “Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.
Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.
Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar. Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik.
Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.
Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya. Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.
Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP

Boleh guna dakwat kekal jika serap air

Boleh guna dakwat kekal jika serap air
SHAH ALAM - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dijangka akan membincangkan isu penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya pada mesyuaratnya di Kedah minggu depan.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, keputusannya kelak akan bergantung sama ada dakwat itu mampu menyerap air ataupun tidak. “Ini penting bagi orang Islam kerana jika dakwat itu tidak boleh menyerap air, ia pasti tidak boleh digunakan orang Islam kerana ini akan menjejaskan wuduk dan mandi hadas sekali gus amal ibadat lain,” katanya.
Menurut Harussani, yang juga Mufti Perak, jika dakwat itu boleh menyerap air, ia boleh digunakan mes­kipun kesannya kekal untuk beberapa hari.
“Sebagai contoh, inai boleh digunakan walaupun kesannya masih boleh dilihat untuk tempoh beberapa lama sebab ia menyerap air dan tidak menjejaskan wuduk atau mandi hadas,” katanya.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah yang berkata, pihaknya masih menunggu keputusan jawatankuasa fatwa itu berhubung penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya selain mengkaji keburukan dan kebaikan bahan itu digunakan.
Harussani berkata, meskipun mengikut jadual jawatankuasa itu akan bermesyuarat dari 13 hingga 15 Oktober di Kedah, beliau hanya menjangka isu itu akan dibincangkan.
“Belum ada kepastian kita akan bincang atau tidak. Ia bergantung pada keadaan . Jika bincang, keputusannya akan diumumkan,” katanya.

Emak gian jual 4 anak

CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.
Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun. “Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.
“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.
Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Bob Lokman Ditahan JAIS ?

Bob Lokman Ditahan JAIS ?
Dipetik dari Facebook Ustaz Riduan Mohd Nor...
Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu.... sakitnya tanahairku..- malaysiaberih

10/10/11

DAP tidak setuju burukkan hudud

Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor

KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
Beliau merujuk laporan dari portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid Ibrahim bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.
“Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.
“Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab. “Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor,” tegasnya.
Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
“Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),”ujarnya.
Ditanya mengenai tuduhan prestasi Khalid yang dikatakan tidak memuaskan hati Adun Pakatan di Selangor, Shuhaimi berkata dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.
“Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.
“Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat,”
“Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.
Justeru itu katanya, KEADILAN Selangor akan terus bersama menyokong pentadbiran Khalid dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
“KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira.
“Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh,” tambah beliau.

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?
PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansur dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.
Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi. “Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.
“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.
Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.
“Sapa (siapa) rosmah mansor untuk hadir dlm meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, emmiza
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri?Prihatin pd negara agak2 la smpi mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akuan Ikhwan Hafiz pula. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21550

Politik yang halang hudud, bukan perlembagaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia.
Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta menjelaskan halangan sebenar pelaksanaan undang-undang itu di negara ini.
Tambahnya perlembagaan tidak menghalang kerana tidak ada peruntukan yang menuju ke arah itu.
Sebaliknya, beliau menambah, jika perlembagaan dibaca dengan betul dan tidak prejudis hudud boleh dilaksanakan.
Pakar perlembagaan yang juga Felo Kanan IDEAS itu berkata sifat perlembagaan yang kononnya sekular itu pun tidak wujud.
"Tak mengapalah mereka boleh kata perlembagaan apa yang mereka mahu: sekular, taghut, anti-Islam dan sebagainya. Yang penting di dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang menyatakan perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan," ujarnya.
Ditanya mengenai Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Aziz berkata: "Peruntukan ini hanya mengingatkan kita yang segala tindakan dan undang-undang perlu akur dengan batasan perlembagaan. Pendeknya undang-undang, termasuk hudud, perlu dilaksanakan dalam kerangka dan skima perlembagaan.
Pada hakikatnya peruntukan yang didakwa mengkesampingkan Islam itu sebenarnya hendak mempastikan yang perlembagaan ini benar-benar berguna kepada semua orang sebab sekiranya perlembagaan boleh diketepikan maka ia tidak berguna. Itulah maksud Perkara 4(1)".
Dualisme
Mengenai isu diskriminasi dan dualisme dalam perundangan beliau menjelaskan: "Ciri ini sudah wujud lama di Malaysia; kita ada undang-undang sivil dan syariah dan kita mengambil pendekatan tidak mahu memaksakan hukum Islam kepada bukan Islam. Tetapi bagi orang Islam mereka tidak ada pilihan; mereka tertakluk kepada hukum Islam".
Aziz menegaskan pelaksanaan hudud tidak akan menjejaskan hak orang bukan Islam. Ini kerana ia hanya dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja.
"Tetapi apabila hudud tidak dilaksanakan ini adalah satu penafian hak terhadap umat Islam. Ini kerana perlembagaan - melalui Perkara 11(1) - menjamin hak umat Islam untuk menganut agama itu sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Hidup di bawah sistem Islam ialah hak umat Islam yang tidak boleh dinafikan," tegasnya.
Mengulas mengenai bidang kuasa jenayah yang diletakkan di tangan persekutuan beliau berkata: "Kita perlu akur bahawa bidang kuasa jenayah di dalam negara kita ada dua; yakni sivil dan syariah. Manakala jenayah sivil adalah bidang kuasa persekutuan jenayah syariah adalah kuasa negeri".
Aziz berkata salah satu hujah untuk pendapat tersebut ialah bidang kuasa mengenai hukum syarak yang diletakkan di tangan negeri. "Kita perlu melihat isu-isu ini dalam konteks yang komprehensif; yakni dengan melihat keseluruhan kerangka dan skima perlembagaan", ujarnya.
Profesor undang-undang UIAM itu berkata mereka yang skeptikal dan anti-hudud sering mengambil pendekatan harfiah yang kaku dan pedantik. Jelasnya: "Dengan itu mereka kemudian menuding kepada bidang kuasa jenayah persekutuan dengan melupakan kenyataan bahawa hukum syarak adalah kuasa negeri dan ia ada konsep jenayahnya sendiri. Golongan anti-hudud juga membuat andaian bahawa Islam dalam perlembagaan kecil dan sempit; sesuatu yang tidak disebut oleh perlembagaan pun.
"Saya berpendapat oleh kerana perlembagaan tidak memberikan tafsiran kepada hukum syarak maka ini perlu dirujuk kepada hukum Islam yang sebenar. Dalam soal ini perlembagaan juga tidak menghalang. Saya berpendapat bidang kuasa itu harus dilihat dalam konteks hukum syarak dan bukan sebaliknya."
Aziz mengakui bahawa pandangan yang dikemukakan itu baru dan sebelum ini beliau sendiri berpendapat bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kecuali oleh persekutuan kerana wujudnya bidang kuasa jenayah tadi.
Boleh laksana tanpa pinda perlembagaan
Katanya perubahan pandangan adalah sesuatu yang biasa dan apa yang dikemukakan sekarang ialah penemuan baru yang memberi isyarat bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan.
Sehingga ini agak ramai yang mempunyai tanggapan bahawa pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ini bermakna sokongan majoriti dua pertiga di parlimen.
Beliau menjelaskan apa yang perlu dibuat ialah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah. "Saya berasa hairan mengapa parlimen membuat undang-undang atas satu perkara yang bukan miliknya", ujarnya.
Meskipun hudud adalah hak dan kuasa negeri beliau mengakui pelaksanaannya memerlukan bantuan kerajaan persekutuan.
"Bagaimanapun ini adalah satu tanggung jawab di sisi undang-undang dan kerajaan pusat tidak boleh membuat ugutan sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Agensi-agensi seperti polis, umpamanya, mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakan tugas mereka dan kerajaan pusat tidak boleh halang," katanya.
Aziz berkata sekiranya tafsiran baru ini terus ditentang maka apa yang Kerajaan Kelantan boleh lakukan ialah mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan dan terpulang kepada mereka yang menentang tadi untuk membawa isu ini ke mahkamah.
Beberapa tahun lalu bekas pemimpin Umno, Datuk Zaid Ibrahim, pernah membawa isu ini ke mahkamah. Bagaimanapun beliau kemudian menarik balik tindakan itu.
Bagaimanapun ketika Enakmen Hudud Kelantan diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 semua Adun Umno dalam dewan menyokongnya.

Bajet: Syarikat luar nikmati subsidi minyak RM12b

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.
Justeru, bagi Presiden PAS, secara konsepnya Bajet 2012 masih sama, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
“Ini adalah belanjawan pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ini, ujarnya tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban. Katanya, kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat.
Contohnya, kata beliau harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya.
Ini, tambahnya menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar, tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang menambah, untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat.
Malah, katanya rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.
“Penstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat,” ujarnya.
Sebagai contoh, beliau berkata subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.
“Ini merupakan pengaliran keluar sumber.
“Insya Allah, saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti,” katanya.

PAS jangka rakyat akan ditekan selepas PRU-13

PAS menjangkakan beberapa kaedah pencukaian baru akan dikenakan ke atas rakyat manakala subsidi yang dinikmati sekarang akan ditarik balik selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manKetua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata segala apa yang diberi pada bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat.
“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU-13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau yakin sistem pencukaian baru akan diperkenalkan manakala subsidi yang dinikmati oleh rakyat sekarang akan ditarik selepas pilihan raya umum akan datang.
Lebih-lebih lagi, pada pembentangan bajet Jumaat lalu, kerajaan BN, dakwanya menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.
“Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara, manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang. Lebih parah “Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak.
“Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan,” katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet itu juga adalah sebahagian daripada kejayaan rakyat mengenakan tekanan kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum lalu.
“Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.
“Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU-13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya,” katanya.
Gunakan kuasa
Menurut Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya kali ini, Najib juga tidak mengumumkan sebarang peruntukan untuk PERMATA yang diketuai isterinya.
pas handing out leaflets on price hikes 5“Akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU-13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.
“Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan.
"Yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk lima tahun akan datang,” katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, rakyat patut menjadikan pengalaman lampau sebagai iktibar kerana pada setiap kali selesai pilihan raya umum, kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.
“Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini.
"Terus gunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU-13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Cara Mengenal pasti Adanya Gangguan Jin

Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti
Pembaca disarankan melakukan teknik mengenalpasti adanya gangguan jin dan sihir pada masa-masa berikut:
1. Menyemak kemajuan rawatan (Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat)
2. Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin (Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit)
3. sering ditukar wad (Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease),Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan_
4. Terjumpa atau terpegang peralatan sihir (Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lam, Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya, Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja, Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah)
5. Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin (Terasa meremang semasa mengurut orang, Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin, Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin, Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat)
6. Melalui kawasan-kawasan "keras" (Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam,Melalui kawasan-kawasan kubur, Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala)
Cara ujian adalah mudah: (a)Ambil kadar degupan jantung sipesakit (b)Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut) (c)Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit (d)Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut) (e)Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit (f)Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti: •sendawa, •batuk-batuk, atau •rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan
SET 1 Baca TUJUH kali sahaja. Huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat). KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTT(dari Surah Maryam, Ayat 1) HA MIMMMMMM (dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1) ’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFF (dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2)
SET 2 Baca TUJUH kali sahaja. Huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat). THO HA (dari Surah TaHa, Ayat 1) THO SINNNNNN (dari Surah AnNaml, Ayat 1) THO SINNNNNN MIMMMMMM (dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1) YA SINNNNNN (dari Surah Yasin, Ayat 1) NUNNNNNNN (dari Surah Qalam, Ayat 1)
Jika terasa ada kelainan dari normal. Sila rujuk kepada yang pakar untuk membantu masalah anda...
selamat mencuba.... :) Wallahua'lam.
rujukan: Hayati Husni

Back up blog?

Back up blog? adakah ia penting? Ya, ia amat penting. Kerana kami tidak dapat menjamin bahawa blog kita akan wujud selama-lamanya. Kebelakangan ini, blogers banyak kehilangan blog mereka kerana kesalahan unpredicted. Beberapa bulan lalu, saya kehilangan semua blog saya (it'a kira-kira 10 blog), tetapi sekarang saya mendapat beberapa daripada mereka kembali. Sejak itu, saya tahu betapa pentingnya untuk menyokong terhadap blog kami. Ia benar-benar frust apabila kerja keras anda tiba-tiba hilang. Terdapat sebuah laman web perkhidmatan percuma yang membolehkan kita kembali blog kami. Nama ia blogbackuponline. Mereka memberikan kita ruang untuk 5 MB. Walaupun ia kecil tetapi saya fikir ia cukup untuk kita untuk membuat sandaran blog kami. Jika avarage kami Hantar arcticle 1000 ciri-ciri, yang bermakna ia boleh membuat sandaran sehingga 5000 tajuk. Ia untuk versi percuma. Mereka juga menyediakan lebih banyak ciri-ciri untuk akaun premium. Hanya pergi ke blogbackuponline dan sandaran blog anda di sana.

9/10/11

Download Al-Quran Digital

Kepada sesiapa yang mencari Al-Quran Digital. Jawapannya ada disini. Software yang sangat mudah untuk digunakan. Terjemahan didalam Bahasa Indonesia dan English.
Bacaan oleh : Sheikh Saad Al-Ghamdi DOWNLOAD DISINI
*JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMUAT TURUNNYA MAKA DISARANKAN ANDA MENGUBAH SETTING DNS SERVER ADDRESSES TERLEBIH DAHULU. *Bagaimana mengubah DNS setting KLIK

Cara Akses Laman Yang Di Blok | Tukar DNS Setting

Hari ini saya ingin berkongsi kepada semua terutama pengguna Steamyx dan pengguna P1 Wimax. Cara bagaimana untuk bypass ke laman web yang telah diblok atau tidak dapat di akses. Cara yang saya kongsi ini adalah hanya menukar setting DNS server. Saya terjumpa cara ini semasa saya mencari cara untuk melajukan akses internet di komputer anda.

"CARA INI SESUAI UNTUK SEMUA BROADBAND DIMALAYSIA TERMASUK Steamyx DAN P1 Wimax"

1- Pertama sekali masuk ke Network Connections di bahagian Control Panel

2- Pilih bahagian Dail up atau LAN untuk ditukar. ( Seperti dlm gambar)



3- Pilih Butang/Bahagian Properties.


3. Cari/masuk bahagian TCP/IPv4


4- Kemudian anda masukkanlah DNS yang anda mahukan.

Apabila kita telah menukar DNS server maka kita akan dapat mengakses laman yg telah di blok di Malaysia dan dengan pemilihan DNS server yang bagus anda juga telah melajukan akses internet anda. SELAMAT MENCUBA.

Free DNS Server yang terbuka di luar dan boleh digunakan adalah :-



= Service provider: Google
Google public dns server IP address:

* 8.8.8.8
* 8.8.4.4

= Service provider:Dnsadvantage
Dnsadvantage free dns server list:

* 156.154.70.1
* 156.154.71.1

=Service provider:OpenDNS
OpenDNS free dns server list / IP address:

* 208.67.222.222
* 208.67.220.220

=> Service provider:Norton
Norton free dns server list / IP address:

* 198.153.192.1
* 198.153.194.1

= Service provider: GTEI DNS (now Verizon)
Public Name server IP address:

* 4.2.2.1
* 4.2.2.2
* 4.2.2.3
* 4.2.2.4
* 4.2.2.5
* 4.2.2.6

= Service provider: ScrubIt
Public dns server address:

* 67.138.54.100
* 207.225.209.66

USTAZ ISMAIL KAMUS - MENGENAL JIN

FILE TYPE = MP3
PENCERAMAH : USTAZ ISMAIL KAMUS
TAJUK : MENGENAL JIN
KLIK UNTUK DOWNLOAD BACAAN SETERUSNYA UNTUK MENDAPATKAN LINK

http://hotfile.com/dl/119861683/93a23ea/Ustaz_Ismail_Kamus_-_Mengenal_Jin.rar.html

Belanjawan jangka pendek, kata Hadi

Belanjawan 2012 yang diumumkan kelmarin tidak mampu menyelesaikan masalah jangka panjang dalam menangani strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
hadi awang and pasSebagai contoh, katanya, harga minyak sebagai elemen kos paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan membebankan rakyat. "Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya," kata Abdul Hadi (kanan).
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, untuk jangka masa panjang, kerajaan gagal mendidik rakyat supaya berhemat, malah rakyat terus digula-gulakan dengan pemberian jangka pendek.
Sehubungan itu, anggota parlimen Marang itu berkata, pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya lebih membela rakyat.
azlanSebagai contoh, subsidi minyak RM17 bilion, hanya RM5 bilion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran dan lebih RM12 bilion masih dinikmati syarikat luar, tambahnya.
"Ini merupakan pengaliran keluar sumber," katanya yang akan memperincikan pandangannya tentang belanjawan kali ini dalam perbahasannya di Dewan Rakyat nanti.
Secara umumnya, Abdul Hadi berpendapat, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara dalam belanjawan kali ini kerana ia masih sama dan hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
"Ini adalah belanjawan pilihan raya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off," katanya.

10 PENIPUAN BESAR YAHUDI

10 PENIPUAN BESAR YAHUDI Michel Collon, seorang wartawan dan pengarang berketurunan Belgium dalam bukunya "Israel, let's talk about it," telah menempelak media Eropah, yang sejak berdekad yang lalu telah menipu pandangan umum kerana menyokong Israel.
Collon dalam bukunya telah merumuskan "10 Penipuan Besar " yang tersebar dalam media Barat semata-mata untuk menjustifikasikan kewujudan dan tindakan Israel selama ini. 10 penipuan tersebut adalah;
1. Penipuan pertama, Israel bertapak ekoran dari reaksi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi semasa Peperangan Dunia Kedua. Hakikatnya, tanggapan ini adalah palsu. Israel sebenarnya adalah satu projek mendominasi dunia yang telah diluluskan dalam Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dalam kongres tersebut, pejuang-pejuang kebangsaan Yahudi telah bertegas dan mengambil keputusan untuk menduduki tanah Palestin.
2. Justifikasi kedua untuk pendudukan dan pengesahan Israel adalah, bahawa bangsa Yahudi terpanggil untuk kembali ke tanah nenek moyang mereka di mana satu ketika dahulu mereka telah diusir pada tahun 70 M. Ini adalah cerita dongeng. Saya (Michel Collon) telah bersembang dengan seorang sejarawan Israel, Profesor Shlomo Sand dan beberapa sejarawan yang lain, Mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku "penghijrahan keluar beramai-ramai" bangsa Yahudi. Jadi apa maknanya "kembali". Tiada makna. Manusia yang mendiami Palestin tidak pernah meninggalkan tanah purba itu. Keturunan Yahudi yang mendiami Palestin sebenarnya adalah mereka yang tinggal bersama penduduk asal di situ. Puak-puak yang menuntut, kononnya untuk kembali ke tanah leluhur mereka, sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur serta Afrika Utara. Sand juga menyatakan bahawa bahgsa Yahudi sebenarnya tiada negara. Mereka juga tiada sejarah umum, bahasa dan kebudayaan. Satu-satunya benda umum yang mereka miliki adalah agama mereka dan agama tidak membentuk negara.
Profesor Shlomo Sand

3. Ketiga, apabila orang Yahudi menduduki Palestin, ia adalah sebuah tanah yang kosong dan tidak diduduki. Ini satu penipuan di siang hari. Terdapat dokumen-dokumen dan bukti yang menjelaskan bahawa pada kurun ke 19 hasil pertanian rakyat Palestin telah dieksport ke beberapa buah negara termasuk Perancis. 4. Ada manusia menyatakan bahawa orang-orang Palestin meninggalkan tanah air mereka atas kehendak sendiri. Ini satu lagi pembohongan. Ramai yang percaya dan yakin, termasuk saya sendiri dan juga sejarawan Israel seperti Benny Morris serta Ilan Pappe berkata bahawa bangsa Arab Palestin telah pergi dan diusir dari tanah mereka secara paksa dan ugutan.
5. Pembohongan menyatakan bahawa Israel hari ini adalah satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan ia patut dilindungi. Ia adalah negara berdaulat. Tapi lubuk hati saya menyatakan ia bukan negara berdaulat. Ia adalah satu-satunya regim dan tiada undang-undang yang menjelaskan dan menggariskan sempadan dan wilayahnya. Semua negara di dunia memiliki perlembagaan yang mendefinasikan wilayah dan sempadannya. Israel adalah projek perluasan kuasa yang tiada sempadan negara. Undang-undangnya sama sekali bersifat perkauman. Mengikut undang-undang ini, Israel adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi dan rakyatnya yang tidak berketurunan Yahudi adalah manusia yang tidak perlu dihormati.
6. Pembohongan mengatakan bahawa Amerika Syarikat berusaha untuk melindungi demokrasi di Timur Tengah dengan cara melindungi Israel, dan kita tahu bahawa belanjawan tahunan Amerika memperuntukkan sejumlah 3 billion dolar sebagai talian hayat Israel. Wang ini digunakan Israel untuk mengebom negara-negara jirannya. Dan Amerika bukan sekadar untuk "memantapkan demokrasi" dengan cara begitu tetapi juga untuk memastikan pengaliran minyaknya tidak terganggu.
7. Mereka berpura-pura kononnya Amerika berusaha mencari perdamaian antara Israel dan Palestin. Ini juga satu penipuan yang nyata. Setiausaha Agung Majlis Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah memberitahu Israel "Anda adalah negara ke-21 Kesatuan Eropah". Industri Persenjataan Eropah, sejak dahulu bekerjasama dengan angkatan tentera Israel dan membantu kewangannya. Apabila rakyat Palestin memilih kerajaan mereka, Eropah tidak mengiktiraf dan memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza
Javier Solana 8. Apabila anda bercakap tentang fakta-fakta ini serta sejarah Israel dan Palestin, dan apabila anda mendedahkan laba yang dikecapi Amerika dalam situasi ini, anda akan dilabel sebagai anti semitik, supaya anda diam. Tetapi kita patut menyatakan bahawa apabila kita mengkritik Israel, ia bukanlah perkauman atau anti Semitik. Kita mengkritik kerajaan yang tidak mempercayai kesamaan Yahudi, Kristian dan Islam yang boleh membawa kepada kehancuran perdamaian di antara pengikut ketiga-tiga agama ini.
9. Media massa menyatakan bahawa orang-orang Palestin mencetuskan keganasan. Kita menyatakan bahawa kerja masa lapang tentera Israel adalah menimbulkan keganasan dan ketakutan. Polisi merampas tanah dan rumah yang dicuri dari rakyat Palestin adalah keganasan.
10. Isu yang sering ditimbulkan adalah, tiada jalan untuk memecah kebuntuan dan polemik Israel-Palestin ini. Tiada berkesudahan dan tiada penyelesaian untuk menghilangkan perasaan benci, dendam yang diakibatkan oleh Israel dan konco-konconya. Tetapi hakikatnya memang ada jalan penyelesaiannya. Satu-satunya cara untuk menghentikan proses ini adalah dengan memberikan tekanan tekanan umum terhadap rakan subahat Israel di Amerika dan Eropah dan negara-negara lain. Tekanan terhadap media massa yang menyembunyikan kebenaran dan tidak bercakap benar tentang Israel. Menggunakan Internet atau apa sahaja media untuk menerbitkan berita-berita sebenar tentang Palestin.
SUMBER: MAAHADSAS.EDu
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3