Insan ini pernah menjadi Menteri Besar Terangganu, TETAPI....
Insan ini di keji, di hina, di cerca, di tohmah, di fitnah apabila
mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan naluri mereka yg
berkepentingan di dalam Parti...
Insan ini dimaki, diherdik setiap saat kerna tidak setuju keputusan rakan di dalam Pakatan tentang Isu Kajang Move.
Insan ini diperlekeh dikatakan tidak ada ilmu untuk memimpin negara, tetapi...
Insan yg dicaci dihina di maki inilah juga yang mengenalkan dasar '5
hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari
cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam
kalangan peniaga² kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan
Mahmud, serta penubuhan semula Undang² Islam dalam perlembagaan negeri
dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan
As-Sunnah.
TAPI Insan ini yg diperlekeh juga adalah Naib Ketua
Kesatuan Ulama Sedunia pada 22 Ogos 2014. Perlantikan itu dibuat
pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya
untuk kali keempat berturut². Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib
ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi
dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman...