Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parlimen dan
ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi
yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata
tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima
tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Laporan
itu juga menyebut Hadi berkata kini terpulang kepada maruah pemimpin
itu untuk mengosongkan kerusi masing-masing seperti yang dijanjikan.
"Mengikut perlembagaan parti, keahlian mereka gugur secara automatik jika mereka menyertai parti lain.
"Terpulang
kepada mereka kerana mereka maklum dan mengetahui mengenai baiah yang
dibuat. Sepatutnya kena kosongkan kerusi jika sudah menyertai parti
lain," katanya seperti dilapor akhbar itu.
PMX BERI BAYANGAN ‘BERITA BAIK’ UNTUK BELIA DALAM BELANJAWAN 2027
-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan bakal
mengumumkan peruntukan khusus untuk belia dalam Belanjawan 2027, dengan
perhati...
22 jam yang lalu



