Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.
“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.
“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.
"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.