----------------$$$$----------------

InstaForex

29/10/11

Peninju Israel 'bolos', PAS tuntut penjelasan k'jaan

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop. "Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

28/10/11

MENJAWAB TUDUHAN JAHAT DR MASYITAH TERHADAP PAS



Dalam Utusan Meroyan, Dr Masyitah mendakwa bahawa PAS celaru apabila tidak menyokong HIMPUN. Bagi menjawab dakwaan Dr Masyitah tersebut, dipaparkan hujjah-hujjahnya berikut;

PAS Perak seru ahli ke Sambutan 60 Tahun



IPOH, 28 Okt: PAS Perak menyeru semua ahli di negeri ini turun ke program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat negeri yang akan diadakan esok hingga 30 Oktober di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, program itu amat penting untuk menyuntik semangat ahli untuk menawan kembali Perak pada PRU-13 nanti.

“Saya sebagai pengarah program menyeru semua ahli di seluruh negeri Perak supaya turun ke program ini bagi memeriahkan lagi sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini,” tegasnya.

Sambutan akan dihadiri oleh pimpinan utama termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu, dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelbagai program yang akan diadakan diadakan seperti Konvensyen Negara Berkebajikan, wacana kemerdekaan, gerai jualan, pameran sejarah, sukan Pasti dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat dan banyak lagi.

Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara dengan berkesan.

“Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Katanya, itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.

"Hadis ada menyebut bahawa anggota badan (perbuatan manusia) kita akan jadi rosak kalau hati sudah rosak, dan sebaliknya kehidupan kita akan jadi sejahtera kalai hati kita sejahtera, persoalannya ialah sejauhmana perjuangan Umno dalam mendidik hati rakyat," kata beliau.

Beliau berkata, ia amat berbeza dengan pemerintahan PAS sepertimana yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang senantiasa menitik beratkan tentang hati.

Sebab itulah, katanya kepimpinan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS bersih dari rasuah dan seumpamanya.

"Satu-satu cara untuk menyelesaikan masalah ini bukannya menghukum pembazir tetapi ialah dengan menghukum Umno BN yang merupakan 'kepala ikan' dalam masalah ini," ujar beliau lagi.

MENJAWAB FITNAH ZUL NORDIN TERHADAP HUKUM ALLAH



1- Menjawab Zul Nordin tentang tuduhan jahatnya terhadap hukum Allah SWT. 2- Hukum Hudud, susah dari sudut pembuktian, tapi tak seberapa dari sudut hukumannya 3- Zul Nordin diumpamakan Orang Melayu tunjuk terrer main keris depan orang amerika dan orang jepun...

'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.
Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.

27/10/11

Bukti Kejahilan UMNO bab Hudud penyebab Undang2 Allah ini dipermainkan

Sedih bercampur geram pun ada bila hukum Allah dipermainkan.. Disebabkan penyokong UMNO yang jahil bab hukum maka ada orang permainkan hukum Allah ini.. Lihatlah sendiri screenshot yang saya paparkan. Saya pun kurang pasti apa agama budak ni.. kalau islam eloklah bawa bertaubat.. kalau bukan islam elok jangan keluarkan kata-kata yang menyentuh peribadi orang islam buruk padahnya.. Mereka berani komen sebab takkan ada tindakan keatas mereka. Kerajaan UMNO pun bersetuju dengan tindakan budak ni. Ini posting dalam facebook saya ambil untuk memberi peringatan.. (Daniel Heckenbücker yup mampos ekstremist islam! kalau nak hudud pergi padang pasir arab jgn duk malaysia) link facebook budak ni Daniel Heckenbücker

Lim dakwa difitnah portal Umno Online pula

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit".

Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang.

Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu.

"Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti,” katanya.

Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online.

Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.

Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

"Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?” soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam.

Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Cegah murtad: Mantapkan aqidah, bukan himpunan

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.

"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam.

Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut".

Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.

"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya.

"PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi.

22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam.

PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik.

[Baca tulisan penuh]

Orang Asli diugut dengan senjata api, gari ?

Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah berkenaan pada Isnin.

Tok Batin, Apong a/l Bah El, 45, berkata perkara itu berlaku ketika kira-kira 10 anggota jabatan itu berunding dengan penduduk kampung yang meneroka tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus untuk menanam sayur-sayuran dan sawit.

"Mereka tidak membenarkan kami meneroka kawasan itu yang telah diluluskan untuk tanaman herba. Kami pula terpaksa meneroka (hutan ini) kerana tiada lagi kawasan untuk kami bercucuk tanam... kami masih memerlukan hutan rayau untuk mencari rezeki," katanya kepada pemberita di Teluk Intan, semalam.

Beliau berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri melarang masyarakat Orang Asli bercucuk tanam di kawasan itu tetapi pada masa sama mereka "membutakan mata, memekakkan telinga" apabila ada pihak lain mengusahakan tanaman betik, limau, kelapa sawit berskala ladang serta penternakan itik di situ.

Apong turut mempersoalkan tindakan pilih kasih itu.

Halang Orang Asli

Tinjauan Bernama di kawasan hutan seluas 4,000 hektar itu mendapati sebahagian besar hutan telah dibersihkan dan diusahakan dengan tanaman sawit.

Sebahagian jalan di dalam kawasan hutan diletakkan dengan batang kayu, longgokan tanah dan lubang-lubang dipercayai bagi menghalang penduduk Orang Asli melalui kawasan ini.

ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan semalam.

"Saya terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan terbabit yang membawa senjata api dan gari ketika berunding sedangkan ia tidak perlu," katanya.

Zainol Padzi, yang juga exco kerajaan negeri, berkata masalah penduduk Orang Asli itu telah dibawa kepada Yayasan Bina Upaya dan permohonan telah dikemukakan agar sebahagian hutan simpan itu dibenarkan bagi kegiatan pertanian penduduk Orang Asli di situ.

Katanya walaupun permohonan tanah itu diluluskan semasa mesyuarat exco kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri menghalang kelulusan itu dengan alasan Hutan Simpan Chikus akan dijadikan tapak kajian pelbagai jenis tumbuhan.

"Tetapi apa yang kita lihat hari ini, ia dikuasai sesetengah pihak yang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mengaut keuntungan," katanya.

- Bernama

Menteri: Protes kenaikan harga barangan hak peribadi

Tindakan melakukan protes terhadap kenaikan harga barangan bergantung kepada pilihan dan keperluan individu masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Rakyat akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing. Beli atau tidak sesuatu barangan itu terpulang kepada hak individu dan mereka yang akan membuat keputusan secara sendiri.

"Oleh itu piket atau tidak piket, boikot atau tidak boikot, rakyat yang akan membuat keputusan sendiri mengikut keperluan masing-masing," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbukanya sempena perayaan Deepavali di Kampung Attap di Melaka, malam tadi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan yang menyokong penuh saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barangan jika kenaikan itu berlaku sehingga ke tahap yang tidak munasabah.

Subramaniam berkata, kenaikan harga barangan adalah isu yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti permintaan dan pembekalan.

"Ada faktor-faktor yang di bawah kawalan kita dan ada juga di luar kawalan. Kalau faktor kenaikan di bawah kawalan kerajaan, kita memang mengambil tindakan untuk memastikan bahawa ia tidak dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi ada juga faktor di luar kawalan kita seperti dikawal oleh harga pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sedaya upaya mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan berharap rakyat memahami serta menyedari langkah dan bantuan yang diberikan untuk meringankan beban rakyat.

"Salah satu langkah untuk membantu menghadapi kenaikan harga barangan tersebut adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawan 2012 di mana keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang dari RM3,000 akan diberi ganjaran RM500," katanya.
Katanya, kerajaan juga masih memberikan subsidi kepada beberapa barangan keperluan asas walaupun jumlahnya sedikit berkurangan.

Sementara itu, Subramaniam berkata penggubalan undang-undang untuk menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta ke 60 tahun dijangka siap pada Disember depan.

Beliau berkata, proses penggubalan undang-undang baru itu mebabitkan pelbagai pihak serta isu yang perlu dipertimbangkan dan perhalusi sebaik mungkin sebelum dibentangkan.

- Bernama

26/10/11

Isteri Disyihirkan, Suami Buat Masiat & Halang Isteri Melakukan Ibadah

Assalamualaikum ustaz berdosa ke seorang wanita yg disihir dan badan nya di kuasai mahluk halus meminta cerai dgn suaminya...kerana siisteri sudah tidak tahan dgn suami yg selalu membuat maksiat dan yg tidak mahu bersamanya kerana dia memakai tudung, dan marah akan nya bila dia bangun pagi untuk sembahyg tahajud..ada ke wanita ini berdosa kerana memecah belahkan keluarga nya sendiri?

Jawapan

Apa yang saya faham dan dapat buat kesimpulan dari soalan puan adalah seperti seorang isteri kena syihir, isteri tersebut diabaikan oleh suaminya yang melakukan maksiat dan suaminya tidak suka isterinya menutup aurat dan melaksanakan ibadah kepada Allah.

Isteri Kena Syihir

Maksud Syihir adalah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia. Kalau si suami, kaum keluarga dan orang yang punya badan itu sendiri mengetahui ia telah disyihirkan. Maka cepat-cepatlah mendapatkan rawatan perubatan Islam. Jangan berlengah lagi sebab apabila orang yang terkena syihir secara tidak sedar ia akan melakukan segala perkara tanpa disedarinya. Nasihat saya dalam mendapatkan rawatan mestilah berwaspada dalam memilih pakar perubatan Islam, pastikan ia bertauliyah dan berijazah dari gurunya yang asal. Pastikan juga segala amalan dan perlakuannya tidak bercanggah dengan prinsip syariat Islam. Friman Allah yang bermaksud :

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Al-Baqarah : 102)

Bagi sesiapa yang terkana syihir atau kaum kerabatnya yang terkena syihir, maka hendaklah ia bersabar dan redho dengan apa yang telah berlaku. Carilah jalan penyelesaian yang diredhoi Allah dan jangan mencari jalan untuk membalas dendam dengan apa yang telah dilakukan oleh orang yang telah berbuat jahat kepadanya. Semua perkara serahlah kepada Allah, biar Allah yang membalas balasan yang setimpal dari apa yang telah mereka lakukan.

Kalau orang yang disyihir cakap perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman seperti mempertikaikan kekuasaan atau kewujudan Allah. Sebenarnya perlakuan tersebut tidak merosakkan akidah kerana itu semua bukan datang darinya, secara ilmiahnya orang yang terkena syihir atau dirasuk oleh jin, kebiasaannya seluruh sarafnya telah dikuasai oleh jin. Nada suaranya juga berubah dan wajah mukanya pun berubah. Segala perkataan yang dikeluarkan itu bukan datang dari orang tersebut tetapi ia datang daripada jin yang telah menguasainya.

Begitu juga si isteri yang meminta cerai disebabkan kena syihir atau rasuk jin. Ia sebenarnya tidak berdosa kepada suaminya, yang menjadi dosa adalah orang yang mensyihirkannya itu. Di sini pihak suami seharusnya faham akan keadaan isterinya yang terkena syihir, jangan biarkan isteri begitu sahaja, cepat cari jalan untuk mengubati masalah yang dihadapi oleh isterinya. Suami seharusnya tenang dalam mengatur segala tindakan. Segala keputusan bersandarkan kepada Allah melalui doa dan solat sunat atau sebagainya. Ada pepatah yang mengatakan bahawa setiap kesulitan dan kepayahan itu ada jalan keluarnya dan mustahil tidak ada jalan keluar.

Isteri Diabaikan Oleh Suami Yang Melakukan Maksiat

Dalam perkahwinan suami isteri mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Jika hak dan kewajipan tersebut diabaikan, maka ia telah mengundangkan kemurkaan Allah kepada mereka. Dalam masalah ini, tidak sepatutnya seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya. Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Cukup berdosa orang mengabaikan orang yang ditanggungnya”. (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Isteri boleh meminta cerai kepada suaminya (khuluk) jika benar-benar telah melalui beberapa pertimbangan menurut syariat Islam. Harus hukumnya sekiranya terdapat keperluan ke arah itu, seperti isteri membenci suaminya kerana perwatakan luarannya, kerana akhlaknya yang tercela, kerana agamanya ertinya mengabaikan perintah Allah atau melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan lain-lain, terlalu tua atau lemah syahwat. Kemudian isteri pula khuatir kalau-kalau tidak dapat melaksanakan hak-hak Allah SWT dalam mentaati suaminya.

Jika suami mengatakan bahawa dia telah melakukan zina dan sifat terus terangnya itu kerana menginginkan agar isteri meminta cerai, maka perbuatan suami semacam ini haram hukumnya dan berdosa besar. Seandainya telah sampai ke tahap demikian berpisah atau cerai adalah lebih baik demi kemaslahatan isteri dan menjaga agama isteri.

Sebagaimana Islam memberikan hak kepada suami tentang talak maka Islam juga memberi hak kepada isteri untuk meminta khuluk atau cerai. Untuk lebih memuaskan lagi hati puan merujuklah kepada pihak qadi yang berdekatan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan mengikut undang-undang syariat di negara kita.

Suami Marah Isteri Melaksanakan Perintah Allah

Kebanyakkan isteri jahil tentang masalah ini, mereka sering kali mentaati suami mereka membabi buta, bila sahaja suami mereka menyuruh melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, mereka serba salah dan delima untuk melakukannya. Sebenarnya perkara ini telah jelas dalam prinsip Islam bahawa Allah tidak pernah meredhoi umatnya melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Hal ini juga bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Tidak berdosa dan isteri juga tidak perlu meminta izin suami untuk melakukan ibadah atau melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Setiap suruhan Allah yang kita lakukan itu adalah sebagai lambang kita mentaati perintah Allah. Mentaati perintah Allah adalah lebih besar dari mentaati perintah suami atau manusia lain. Lazimnya bagi isteri yang mentaati perintah Allah, secara tidak langsung ia juga mentaati perintah suaminya.

Menjadi tanggungjawab kepada isteri menegur segala kesalahan dan ketidak fahaman suami tentang selok belok ajaran Islam. Jika ini semua telah dilakukan oleh isteri, maka ia telah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah untuk menyampaikan amal makruf nahi mungkar dalam keluarganya.

Jika segala usaha menasihati suaminya diancam dengan siksaan atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan kepadanya, maka lebih baik ia melibatkan keluarganya dan keluarga suaminya bagi membantu ia untuk menyelesaikan masalah ini. Selain dari itu juga ia boleh membuat aduan di Pejabat Agama Islam berdekatan untuk tindakan lanjut. PETIKAN DARI : Ustaz Nor Amin

Bongkar !!! - Siapa Zulkifli Noordin - PRU13 kita cabar dia bertanding..

ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi PAS sejak dahulu lagi sedia maklum dan mengenali keperibadian sebenar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Kerana itulah, pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004 ditolak Majlis Syura PAS walaupun ketika itu beliau ialah pimpinan PAS di Bandar Tun Razak.

Malah sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga menolak pencalonan PAS Kawasan Baling untuk meletakkan Zulkifli bagi bertanding kerusi parlimen tersebut.
“Maksudnya keperibadian dia sudah diketahui. Dia ditolak dari bertanding. Dia nampak hebat ketika itu, tetapi kita kenal keperibadiannya. Dia bercakap macam mana dan perbuatannya macam mana, kita tahu.

“Tetapi tidak perlulah kita dedahkan (kepada umum) siapa dia. Kita tak mahu layan dia, lagipun dia wakil rakyat yang tiada maruah,” demikian didedahkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemangku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh berkata, walaupun Zulkifli cuba mendakwa dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, hakikatnya dia membawa suara Umno-BN.

Ujarnya, Zulkifli sememangnya seorang yang beramal dengan pembohongan di mana beliau sering menggambarkan pada penulisannya di blog, kononnya beliau turun melawat masalah rakyat di parlimen diwakilinya sedangkan dia sebenarnya tidak berbuat demikian.

Khairi juga menempelak Zulkifli yang sibuk mencabar orang lain bertanding pada pilihan raya akan datang sedangkan kedudukannya sendiri sebagai calon mana-mana parti dilihat mustahil.

“Parti mana hendak ambil dia calon? Pakatan Rakyat tak mungkin. Tidak ada calon mampu bertanding melainkan dengan kekuatan dari jentera parti.

“Jadi Zulkifli ini sekarang aktif menonjolkan diri sebenarnya berharap-harap kalau Umno boleh bagi jawatan Senator pada dia,” ujar Khairi pada Taklimat Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah di Pejabat PAS Kulim-Bandar Baharu, Serdang, 24 Oktober lalu. dari: BATUvsKAYU

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA - Jangan Gelak!!!

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.
Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.

25/10/11

PAS bantah konsert 'maksiat' Elton John

Seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John bulan depan denagn mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Pengerusi Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata konsert di tempat peranginan Genting Highlands pada 22 Nov akan merosakkan akhlak umat Islam muda kerana gaya hidup homoseksual penyanyi itu.

"Ia tidak baik. Dalam Islam homoseksual adalah haram," katanya kepada AFP.

"Apa yang dilakukannya adalah maksiat. Ini tidak baik bagi Islam."

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert itu, Tune Live yang dihubungi AFP enggan mengulas.

Persembahan 'Greatest Hits Tour' John dijangka diteruskan. Beliau akan menyanyi di Singapura sebelum ke Malaysia dan kemudian menuju ke Jakarta.

PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.

Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini mjeskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.

PANAS !!! - SIAPA Tuan Guru Nik Aziz sebenarnya - Orang UMNO kena tonton

Ini sebenarnya Sejarah Tuan Guru Nik Aziz.. tonton sampai habis

'Tak perlu menang parlimen untuk laksana hudud'

Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

"Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya.

Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

"Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN supaya menimbangkan hasrat kita.

"Kita tidak perlu tunggu pilihan raya. Kalau sekarang dia bagi laluan, tidak ada masalah," katanya lagi.

Terdahulu, dalam wacana "Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya" itu, Mohd Amar berkata masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah kerajaan BN yang tiada tekad politik untuk menjayakan hudud.

"(Sedangkan) kita bukan minta untuk laksanakan di Malaysia tetapi supaya buka laluan supaya boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya.

Tanpa pindaan perlembagaan

Malah, kerajaan negeri juga telahpun memulakan kajian untuk membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan.

Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk kerajaan negeri bagi usaha itu dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan, katanya lagi.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pertemuan diadakan di antara menteri besar dan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.

"Kita nak tengok penemuan oleh jawatankuasa teknikal. Bila jawatankuasa dah (kenalpasti masalah), masa itu baru Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh jumpa dan berbincang dengan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Sekarang ini belum ada (perkara) untuk bincang nak jumpa buat apa?" katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Jelasnya, Kelantan mengambil sikap berhati-hati dalam isu ini kerana telah diancam oleh kerajaan persekutuan pada 1993 apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Katanya, perdana menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam untuk mengambilalih kerajaan Kelantan melalui undang-undang darurat.

Ridhuan Tee belum nampak kesediaan

"Maka kita bimbang juga. Kita pernah ada pengalaman dengan Umno mereka pernah 'memagerankan' Kelantan tahun 1978 dulu.

"Sebab itu kita freekan gear. Tapi kita tak matikan enjin. Sebab itu kita rasa lepas pilihan raya itu lampu akan jadi hijau," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam majlis wacana berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut mengulas mengenai peranan kerajaan pusat dalam pelaksanaan hudud.

Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN).

"Tapi kalau bertanya kepada individu itu, saya rasa tidak ada yang menolak dengan jelas hukum Islam ini.

"Saya yakin orang Islam yang mengucap syahadah ini menerima undang-undang ini. Cuma mungkin ada kekangan tertentu, maka timbullah kenyataan sedemikian," katanya lagi dalam sidang media sama.

Seorang lagi anggota panel dalam majis wacana berkenaan ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip.

Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah

Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.
Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.
Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:

SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang

SMK Alor Pasir, Tanah Merah

SK Lata Rek, Kuala Krai

SK Juara, Rompin

SK Luat, Lenggong

Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

Nasionalis punca murtad – Nik Aziz

Oleh:Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.

Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.

Orang Jahil bicara pasal Islam bagi komen puji UMNO -

Datuk Mahfuz Omar-'Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal'

KUALA LUMPUR, 24 Okt: "Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal", itulah kesimpulan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Sejak selepas pilihan raya 2008, seperti orang kerasukan Umno menjerit-jeritkan kepentingan Melayu.

"Tunjuk perasaan kononnya membela kepentingan Melayu dan mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas pilihan raya tersebut bermula di Pulau Pinang.

"Baru-baru ini gerombolan yang menunjuk perasaan itu mendapat habuan dan hadiah istimewa untuk mereka apabila (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang dari Gerakan sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Umno, kata Mahfuz, memang tegar mengetepikan kepentingan kuasa Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi.

Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

Sepatutnya, kata Mahfuz, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.

Begitu juga, katanya lagi, dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja.

Umno, kata beliau, tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

"Apa yang berlaku di PulauPinang itu dengan jelas menunjukkan Umno mengorbankan kepentingan orang-orang Melayu dan semua orang tahu nasib orang-orang Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan. Ia menjadi bukti sejarah," kata Mahfuz.

Beliau juga menyifatkan kerajaan Umno gagal memainkan peranan yang berkesan dalam menjaga kepentingan rakyat apabila inflasi di Malaysia mendadak naik di luar jangkaan September lalu.

"Inflasi naik di luar jangkaan September lalu apabila harga makanan dan kos pengangkutan melonjak naik manakala ringgit yang semakin lemah pula mengakibatkan import lebih mahal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Pada bulan September, katanya, indeks harga pengguna terus kepada naik 3.4 peratus selepas naik kepada 3.3 peratus pada bulan Ogos.

"Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan BN.

"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN," kata beliau.

Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini, katanya.

Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna.

24/10/11

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

Universiti Islam Antarabagnsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguamm Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)

Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.
Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:

Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta

El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta

Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta

Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta

Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:

Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)

Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)

Universiti Putra Malaysia (tiga)

Universiti Teknologi Malaysia (dua)

Majlis Sukan Terengganu (dua)

Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)

Azhar Idrus - HAJI SYAITAN (cara Mengenal Pemimpin Munafik)




Makanan untuk tadika Kemas 'disimpan di bilik air'

Sebuah tadika Kemas di Alor Setar, Kedah, didapati menyimpan bahan kering makanan di sebuah bilik air, menurut audit Manual Pengurusan Tabika dan Taska yang dikeluarkan oleh Kemas.

Ketua Auditor dalam laporan tahunan 2010 juga mencatatkan selain bilik air, makanan berkenaan juga disimpan di laci, bekas tong dan stor barangan lain yang tidak selamat, sesuai dan diuruskan dengan baik.

“Terdapat makanan kering yang telah disimpan terlalu lama sehingga tamat tarikh luputnya, terdedah kepada ancaman serangga perosak dan ditempatkan bersebelahan dengan bahan-bahan kimia seperti cat.

“Penyimpanan bahan makanan di tempat yang tidak sesuai boleh menyebakan ia mudah rosak dan tidak selamat digunakan,” petik laporan itu.

Kajian juga mendapati sebuah tadika di Kota Bharu, menyimpan makanan kering yang dipenuhi najis lipas.
Menurut laporan itu, tadika-tadika Kemas juga didapati gagal mematuhi menu dan resipi yang ditetapkan daripada ibu pejabat Kemas dan Kementerian Kesihatan dalam penyediaan makanan.

Perkara ini berikutan tinjauan di 79 daripada 143 tadika yang dilawat oleh auditor berkenaan.

HIMPUN: Tiada tindakan pada Hasan Ali

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak akan dikenakan tindakan displin oleh PAS susulan menghadirkan diri dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri), berkata Dr Hasan yang juga ahli jawatankuasa parti itu berbuat demikian atas sifat peribadi sebagai "menyokong kesucian Islam".

Katanya, Dr Hasan berhak hadir untuk menyatakan pendirian bersatu menegakkan Islam serta menguatkan akidah, lapor sebuah harian berbahasa Melayu.

"PAS tidak akan mengenakan sebarang tindakan ke atas beliau atau mana-mana ahli parti yang turut serta dalam HIMPUN," beliau dipetik sebagai berkata.

PAS memutuskan tidak menyertai perhimpunan itu bagi menghormati pendirian penganjur yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Manakala PAS Selangor mengarahkan ahlinya tidak terlibat dengannya selaras dengan arahan PAS di peringkat pusat.

Impak pada ahli

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (bawah) berpendapat, kenyataan Dr Hasan berkaitan perhimpunan itu bersifat peribadi dan bukan pandangan parti.

NONE "Kalau itu pendirian beliau, saya tidak boleh buat apa-apa, jadi hormati pendiriannya.

"Cuma impak kepada ahli, saya tidak dapat menapis setiap tanggapan ahli PAS terhadap beliau," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian hari ini.

Manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilapor berkata, beliau menghormati tindakan Hasan menghadiri perhimpunan itu dan tidak menghalang mana-mana kakitangan kerajaan negeri ataupun individu menghadirinya.

"Atas dasar hak individu dan (hak) asasi, saya tidak menghalang sesiapa pun," katanya kepada harin berbahasa Melayu itu lagi.

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan ‘dikuburkan’ di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai ‘mimpi ngeri’ Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik ‘kotor dan jahat’.

Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.

Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.

“Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Anwar: Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

“Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan,” katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

Pada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah
“Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana,” kata Anwar.

china chinese farmer farming 061008 02Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

“Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin,” katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

rice Bernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

“Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

“(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka,” kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.
himpun rally hasan ali speaking 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

“Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin,” katanya lagi.

KM Pulau Pinang: Lawatan rasmi k'jaan BN lebih mahal

Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta untuk perjalanan luar negara sepanjang tempoh tiga setengah tahun memerintah di Pulau Pinang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata dari Mac 2008 hingga Mac 2011, kerajaan membelanjakan RM146,284 bagi 20 lawatan yang membabitkan ketua menteri dan RM1,066.697 untuk 123 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan negeri ahli-ahli majlis eksekutif (exco).

Menurut Lim, ketika Pulau Pinang di bawah pimpinan BN, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM149,326 bagi sepuluh lawatan rasmi yang membabitkan ketua menteri dan RM782,988 untuk 56 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan ahli-ahli exco yang lain.

Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk tahun-tahun dari Mac 2005 hingga Feb 2008, kata Lim.

"Sebagai perbandingan, kos purata untuk lawatan rasmi ketua menteri di bawah kerajaan BN adalah RM14,932.60 berbanding dengan RM7,314.20 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang hari ini dengan sesi soal soal jawab pada sebelah pagi dan akan dikuti pembentangan bajet negeri 2012 pada waktu petang.

Dewan akan akan ditangguhkan esok untuk perayaan Deepavali dan disambung semula pada 31 Okt hingga 4 Nov.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum itu menjawab soalan oleh ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, yang meminta perbandingan perbelanjaan kerajaan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sepanjang tempoh tiga tahun pemerintahannya.

23/10/11

Gimik 300 sertai Umno di Tanah Merah dibongkar

TANAH MERAH, 23 Okt: Gimik kononnya 300 penyokong PAS di Taman Perumahan Hulu Kusial menyertai Umno terjawab apabila hanya 20 orang sahaja dikenal pasti ahli dan bekas penyokong PAS.

Selebihnya penyokong Umno menyertai Umno berkali-kali. Strategi itu sudah kerap kali diuar-uarkan di Pasir Puteh sebelum ini.

Namun impian Umno dengan diketuai Datuk Mustapa Mohamed mengumpankan bekas penyokong PAS terbabit tidak kekal lama apabila sebahagiannya mendedahkan sebagai gimik semata-mata.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh, Razali Yusof berkata, sebahagian bekas penyokong PAS terbabit ketika ditemui memberi jaminan mahu kembali semula kepada perjuangan asal.

“Mereka hadir pada program penyerahan borang menyertai Umno semata-mata kerana sentimen bersifat sementara,” katanya ketika ditemui pada program ceramah sempena 160 bekas Umno dari lima kampung menyertai PAS di Gual Ipoh malam kelmarin.

Penyokong dan bekas ahli Umno itu diketuai anggota jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Kelidang, Rustam Mustafa, 37.

Beliau menyerah borang mewakili rakan-rakannya kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program yang diadakan di rumah Mohd Yusof Mat Zain, 62, seorang usahawan berjaya di kampung itu.

Sebelum program ceramah bermula diadakan solat hajat dan perasmian dewan terbuka di tapak ceramah milik Mohd Yusof atau lebih dikenali Abe Soh.

Pada 11 Oktober lalu media melaporkan seramai 300 penyokong setia PAS di Hulu Kusial menyertai Umno yang diketuai Zahari Mamat.

Ekoran program itu Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mendakwa sokongan terhadap Umno semakin pulih.

Rustam yang pernah menjadi perwakilan Umno Tanah Merah ke perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur memberitahu sudah sampai masanya beliau dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana usahanya selama ini tidak dihargai parti itu.

Katanya, Umno hanya mengharap tenaga ketika beliau senang, dan ketika berdepan dengan kesusahan hidup mereka tinggalkan.

“Alhamdulillah Cikgu Wan dan Abe Lie banyak membantu saya memberi kesedaran baru dalam hidup,” katanya.

Hadir pada program itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa.

Tempat ceramah tersebut penuh sesak dengan kehadiran orang ramai biar pun hujan turun lebat pada sebelah petang.

Manakala lebih 100 lagi ahli dan penyokong Umno akan mengisytihar menyertai PAS di Dun Bukit Panau dalam masa terdekat ini.

(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Saiful Bukhari dah melalut - puak umno jangan jadi bodoh

Korang tahu kenapa orang-orang munafik ni bila bersuara jer nampak sangat kebodohannya.. Lihat sendiri kenyataan dia dalam facebook pun dah terbukti sorang yang munafik.
Klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas kenyataan saiful dalam facebook.. aduhai ada lagi orang macam ni..

Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?

Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetik Harakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Menurut beliau, semua pihak termasuk universiti, tidak seharusnya menyekat ahli akademik menyuarakan padangan mereka dan mereka perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki.

idris jusoh terengganu natang binatang animal banner 260308 02"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya.

Khamis lalu, UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab tuduhan itu.

azlanTindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.

Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.

Kemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

HIMPUN dakwa berjaya, walaupun tak ramai hadir

Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan di Shah Alam hari ini tetap merupakan satu kejayaan walau jumlah kehadiran peserta tidak seramai yang diharapkan sebelum ini.

Tambahnya, peserta perhimpunan itu juga berlangsung dengan tenang tetapi tetap bersemangat.

Mohd Azmi at post Himpun PC"Dengan tenang mendengar tapi dengan semangat, kenyataan bahawa kita minta saudara kita hormati, negara ini letakkan kedudukan Islam kedudukan istimewa," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Dianggarkan seramai 5,000 orang hadir di perhimpunan berkenaan di Stadium Shah Alam.

Menurutnya, perhimpunan hari ini juga berjaya memandangkan tiada insiden berlaku, walau terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan terhadap perhimpunan itu.
"Saya tak berani kata berapa ribu tapi perhimpuan itu sendiri lambang perpaduan Islam supaya dipelihara daripada ketegangan agama," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tindakan penganjur yang merampas satu risalah yang telah diedarkan ketika perhimpunan itu berlangsung petang ini.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverRisalah berkenaan adalah berhubung dakwaan Kristianisasi yang dijalankan oleh NGO Harapan Komuniti - kumpulan yang bertanggungjawab menganjurkan makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu.

Ditanya dalam sidang media tersebut, Mohd Azmi menegaskan risalah itu tidak disokong oleh HIMPUN.

Tambahnya, sepuluh perkara yang dalam resolusi HIMPUN hari ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan juga kerajaan negeri.

Katanya, masyarakat Islam berhak untuk berhimpun hari ini dan 10 perkara itu juga berhak dituntut oleh golongan itu, "tanpa perasaan permusuhan."

Beliau seterusnya menjelaskan, "musuh Islam" yang sering dibangkitkan dalam ucapan pemimpin NGO berkenaan merujuk kepada "dunia global."

"Islam telah menjadi masalah dalam pergerakan Zionis. Ianya satu fakta umum, siapa melihat Islam sebagai sasaran."

Katanya lagi, kenyataan itu juga bukan bertujuan untuk mengutuk mana-mana agama sahaja.

himpun rally crowd 1"Kita ada bukti bahawa terdapatnya pergerakan Evangelical di dalam negara ini dan kita ada bukti dalam satu kajian.

"Memang Islam dijadikan sasaran dan ini sikap permusuhan ke atas Islam," katanya yang merujuk tulisan berhubung pergerakan itu dalam buku Armies of God.

Mohd Azmi berkata, kewujudan pergerakan mubaligh berkenaan di negara ini, seperti didakwa dalam buku tersebut, menunjukkan tiadanya penguatkuasaan undang-undang yang tegas untuk menghalang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.

"Kita rasa tiada penguatkuasaan yang serius.

"Kita telah berdepan dengan keadaan yang membuktikan satu gereja dengan jelas telah menyebarkan (ajaran agama lain) kepada seorang Islam, tapi tiada tindakan," katanya yang enggan menamakan gereja terlibat.

Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin

Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

mahathir subang airport 220706 mahathir gesturingPakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3