Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.
Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.
“Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu. Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.
Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
SMK Alor Pasir, Tanah Merah
SK Lata Rek, Kuala Krai
SK Juara, Rompin
SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.