Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang rekod Papagomo daripada
senarai pengundi pos mengesahkan penulis blog pro-Umno itu "pengundi
hantu", kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
"Semakankami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan bawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin,"
kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
"Ini
mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah
individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh
sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos."
Rafizi juga membekalkan tawan skrin (screen capture) bagi carian itu bagi membuktikan dakwaannya.
Beliau
semalam mendakwa Papagomo pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang
dan Wangsa Maju, berdasarkan carian di laman web SPR menggunakan nombor
kad pengenalan (IC) penulis kontroversi itu.
Menurut Rafizi,
Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas
sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.
KABINET KESELAMATAN ISRAEL LULUSKAN PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
-
Kabinet keselamatan negara haram Israel hari ini telah meluluskan
perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas, semalam.
11 jam yang lalu