Joki kereta maut, 12 cedera letupan depan kelab malam
Seorang pekerja joki kereta maut dan 12 lagi
cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom 'molotov cocktail'
dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan
sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, hari ini.
Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng ketika
dihubungi Bernama mengesahkan kematian lelaki itu dan identitinya ialah
Tiong Kwong Yie, 36.
Unit Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kenyataannya
hari ini berkata pekerja joki berkenaan meninggal dunia ketika menjalani
pembedahan akibat kecederaan parah yang dialami mangsa.
"Daripada 13 mangsa letupan bom itu, 11 orang menerima rawatan di HKL,
manakala dua lagi dirawat di hospital Gleneagles, di sini," katanya.
RIBUAN DEMONSTRAN BERARAK DI EROPAH, BANTAH SERANGAN ZIONIS TERHADAP GLOBAL
SUMUD FLOTILLA
-
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dan berarak di Itali serta Greece pada
Isnin bagi membantah tindakan Israel terhadap Global Sumud Flotilla (GSF)
2026....
2 hari yang lalu



