Xinhua dan CCTV melaporkan bahawa kapal China
Haixun 01 telah mengesan isyarat sekali sesaat pada frekuensi 37.5
kilohertz, yang konsisten dengan 'pinger' kotak hitam.
Ia dikesan pada 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur - kawasan di Lautan Hindi di luar Australia.
Bagaimanapun, laporan itu mengingatkan bahawa kaitan antara isyarat itu dengan dan MH370 masih belum disahkan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Operasi mencari pesawat Malaysia
Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera,
tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu.
ANGGOTA JPJ MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KENDERAAN
-
Mangsa pemandu kereta JPJ berusia 42 tahun, mengalami kecederaan di kepala
dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi rakan
se...
13 jam yang lalu





