----------------$$$$----------------

InstaForex

1/05/20

Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama

Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama

JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air rumah untuk mengelak daripada dicekup berkhalwat gagal apabila dia ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Dalam kejadian jam 12.45 pagi tadi, lelaki berusia 40-an yang masih berstatus suami orang itu dicekup berkhalwat di rumah wanita yang juga masih isteri orang di sebuah rumah kampung di daerah ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata pemeriksaan diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar selepas menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 40-an itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia lingkungan 13 tahun.

"Ketika serbuan dilakukan, anggota kami mendapati lelaki berkenaan masuk melalui bilik air rumah itu untuk melarikan diri di atas bumbung rumah berkenaan tetapi gagal apabila rumah itu dikepung anggota PADKP.

"Berikutan itu, dia ditahan dan hasil soal siasat mendapati lelaki itu sudah beberapa hari menumpang di rumah wanita itu malah memberi alasan untuk bersahur bersama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, hasil soal siasat juga mendapati wanita itu masih isteri orang dan dalam proses untuk berpisah dengan suaminya.

Beliau berkata, mereka memberi alasan mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing namun alasan itu tidak membolehkan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya," katanya.

SUMBER:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/683354/ditangkap-khalwat-beri-alasan-nak-bersahur-bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3