PUTRAJAYA - Kerajaan meminta rakyat di negara ini supaya bertenang susulan timbulnya video, audio dan hantaran biadab di media sosial didakwa pelarian Rohingya yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.
“Kedatangan pelarian Rohigya ke negara kita ini bukan baru semalam berlaku, tetapi sejak bertahun-tahun. Sebelum ini tidak timbul isu, kedatangan pelarian itu kerana simpati disebabkan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka.
“Tetapi akhir-akhir ini sewaktu PKP dilaksanakan, isu (dakwaan kebiadaban pelarian Rohinya) menjadi besar. Ia turut menghairankan pihak polis kerana (tiba-tiba) terlalu banyak berita keluar di media sosial yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Menurutnya, polis turut melakukan siasatan berhubung ketulenan video dan audio mengaitkan warga Rohingya.
“Ini kerana ada sesetengah audio dan video dianggap sebagai palsu. Bagaimanapun tiada sesiapa boleh menentukan kesahihannya selain pihak berkuasa.
“Polis akan menyiasat hantaran, audio, video dan berita berkaitan warga Rohingya ini,” katanya.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.