----------------$$$$----------------

InstaForex

16/02/12

Isu Palestin: Umno putar belit ucapan, kata Anwar

Setelah digesa oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu Palestin-Israel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Anwar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat untuk melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

"Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka," katanya.

Ketua pembangkang berkata, tatkala dia diserang sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno sendiri secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:

israel us syria"If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

palestine hamas and fatah unite 270209 01Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin). PERINGATAN: 1rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Anwar: Teguran Nik Aziz sopan, berhemah - Media UMNO putar belit

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Palestin-Israel, lebih sopan dan berhemah.

“Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

“Ia berbeza dengan Umno-Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” katanya.

Menurut Anwar, menteri besar Kelantan itu hanya meminta penjelasan beliau supaya isu itu dapat dijelaskan dan bukan memutar-belitkan kenyataannya seperti yang dilakukan pemimpin Umno-BN.

Katanya, media Umno juga tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil bahagian tertentu sahaja.

"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.
"Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," katanya selepas sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Anwar juga dilaporkan akan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat bagi membincangkan isu yang berbangkit itu. PERINGATAN: 1rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

15/02/12

Tiada logo 1Malaysia, tiada subsidi

Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 2Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.
Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.

Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.
Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.

Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".

Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

14/02/12

Nik Aziz berjaya wujudkan keharmonian pelbagai kaum

KOTA BHARU, 14 Feb: Rakyat Kelantan pelbagai anutan agama di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum walaupun pemimpinnya beragama Islam.

Perkara itu diakui oleh Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMKPA) yang diketuai Datuk Azman Amin.

Perkara itu didedahkan pada pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di JKR 10, di sini tengah hari tadi sempena lawatan selama empat hari.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai anutan agama seperti Islam, Kristian, Budha, Sikh dan lain-lain anutan agama yang diketuai oleh ketua agama masing-masing.

Selain itu, jawatankuasa ini juga turut mengagumi Masjid Jubli Perak Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing memandangkan reka bentuknya berupa rumah ibadat Buddha.

Azman dalam ucapan aluannya berkata, anggota jawatankuasa berkenaan begitu berpuas hati dengan lawatan itu.

“Hasil pertemuan kami dengan penganut agama lain di negeri ini mereka mengakui begitu aman di bawah pentadbiran kerajaan negeri hari ini.

“Mereka juga mendakwa tiada sebarang masaalah yang dihadapi oleh kaum mereka di sini, perkembangan ini jelas membuktikan suatu kehebatan yang ada di negeri Serambi Mekah ini,” ujarnya.

Kelantan dipilih negeri kedua dilawati selepas negeri Sabah.

Sementara itu, Daozhang Tan Hoe Chieow, melahirkan kekaguman di atas pembinaan Masjid Beijing.

“Kalau tak masuk dalam masjid ni, tentu saya anggap ianya rumah ibada kaum Buddha, sungguh mengagumkan,” ujarnya ketika berucap pada majlis lawatan di masjid tersebut.

Video - Gelagat Penyokong UMNO yang halang ceramah Anwar

Di bawah ni disajikan video penyokong umno yang buat provokasi nak halang ceramah Anwar, tengok lah banyak orang melayu yang tak ada nilai penuh dengan politik ala Yahudi /Israel . Dulu masa umno kuat tak ada pun Pakatan Rakyat nak buat provokasi yang memalukan parti. Ini sifat segelintir penyokong yang seperti beruk dan cacing kepanasan.. Alangkah bodohnya puak-puak provokasi ni.. perangai macam haramjadah..





Tumbuk menumbuk di ceramah Anwar

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

12/02/12

Insiden di KFC: Polis tak ambil kira video di Youtube

Polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.

Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.

"Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Polis juga tidak akan menggunakan rakaman di Youtube itu untuk siasatan kes pergaduhan tersebut, kata Ahmad Zahedi lagi.

Sebaliknya, polis hanya akan menggunakan rakaman video litar tertutup (CCTV) dari premis restoran itu, yang setakat ini masih belum diterima pasukannya, kata Ahmad Zahedi.

"(Rakaman) di Youtube tak boleh pakai sebab dah edit semua. Anda ingat itu rakaman betul?," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya dua rakaman insiden berkenaan dikesan telah dimuatkan di Youtube dan mendapat perhatian meluas oleh pengguna Internet setakat ini.

Tambahnya, polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada lelaki yang mendakwa dicederakan dalam insiden itu.

"Tinggal sekarang ini, kita buat kawad cam dan semak rakaman CCTV dari KFC, lepas itu kita akan tunggu laporan perubatan orang yang kata kena tumbuk itu, dia buat pemeriksaan perubatan.

"Kita nak tengok ada kesan (cedera) atau tidak," katanya lagi yang turut mengesahkan siasatan ke atas tiga orang kakitangan restoran tersebut.

Katanya, suspek – tiga lelaki berusia 20-an – itu juga tidak ditahan dan hanya diminta untuk hadir untuk pengecaman di ibu pejabat polis daerah itu.

"Kita buat kawad cam untuk (pengadu) kenalpasti siapa yang tumbuk dia, sama ada dia kenal atau tidak kenal. Macam mana nak tuduh kalau dia tak kenal siapa?," katanya lagi.

Tambahnya, polis juga telah mencatat kenyataan daripada sekurang-kurangnya sepuluh orang saksi dalam kes berkenaan
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3