tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 2Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan. Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.
Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.
Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak. Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.
Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.
Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".
Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.