Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan
| Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan
bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat
jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun
tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat
Islam Rohingya. Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah
menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas
di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia
Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia
antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh
kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah
Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap
kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan
tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu
mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?