Kisah Benar Di Myanmar - Didera Dan Dibunuh Jika Mengaku Allah Sebagai Tuhan
| Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan
bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat
jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun
tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat
Islam Rohingya. Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah
menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas
di tangan junta tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia
Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia
antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh
kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah
Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap
kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan
tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu
mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?
Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini
Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka
adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain
yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan
Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai
selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia
Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin
dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini,
umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah
Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Apakah
nasib mereka? Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi
kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia
secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan
saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja
tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek
tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau
keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk
menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di
kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi
pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan
diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar,
mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk
mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan
agama.Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia,
Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah
ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah
dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut
enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.
Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan
Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau
kebuluran di tengah laut.Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan
negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka,
sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’
kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk
mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan
mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat
sementara.
Kalau bukan kita, siapa lagi ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat
sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di
Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada
saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang
lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut
oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang
bermaksud,
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Beberapa saranan :
1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu
umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan
permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan
sebagainya.
2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya
mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam
Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia.
Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika
dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan
kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian
daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti
pelacuran.
3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian
bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang
sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan,
pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh
bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan
lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan
kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan
keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu
meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.5-Kita juga boleh
membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta
mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang
berpanjangan ini
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.