Kurang 24 jam selepas empat plaza kutipan
tol dimansuhkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan
serangan terhadap pembangkang, menyifatkannya sebagai hipokrit atas
cubaan mereka 'putar-belit' hal ini.
Beliau antara lain berkata pembangkang hipokrit kerana menyokong 'Bapa Segala Tol'.
"Inilah pembangkang di Malaysia. Hipokritnya mereka, mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat," kata Najib dalam tulisan di blognya hari ini.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama dalam hantaran tersebut, Najib sebelum ini menggelar Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Bapa Segala Tol' semasa perhimpunan agung Umno Disember lalu.
Kenyataan perdana menteri susulan pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga
dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya
Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor yang berkuatkuasa tengah malam
tadi.