Seremban: Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini
diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng
Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya
dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit
Kepayang, di sini, semalam.
Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke
pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati
dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200
walaupun dituntut pada Isnin lalu.
Malangnya
sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran
kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini,
semalam.