----------------$$$$----------------

InstaForex

6/07/12

Kita semua Uncleseekers

Oleh: MSK

Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq.

Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”. Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.

Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!!
Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?

Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan?

Dalam posting sebelum ini disini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat . Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers.

Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja?

Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.

Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”

Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia la.”?

Aku percaya, Uncleseekers akan menerima nasib macam mereka yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Tak ada ramai peguam yang berani tampil untuk membela mereka yang ditangkap kerana takut dianggap menderhaka kepada Sultan. Tambah-tambah lagi dalam kes Uncleseekers, jangan kata peguam..malah parti politik yang bercakap tentang menentang kezaliman pun tak berani nak tunjuk muka. Masing-masing akan mencuba menjaga imej..menjaga “hubungan baik” diantara parti dengan Sultan. Pirrrahh!!

Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa?

Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?

Pertama sekali, Uncleseekers memerlukan peguam. Kita perlukan solidariti untuk menunjukkan bahawa Uncleseekers tidak kesaorangan.

Mediaperak sanggup mencari peguam untuk membela Uncleseekers. tapi kami tak tau nak berhubung dengan sapa. Nak pergi Johor pun tak ada duit. Dengan sapa hendak berhubung?

Seseorang perlu melakukan sesuatu. Setiap bloggers dan Facebookers perlu mengambil tanggungjawab. Kita perlu membela Uncleseekers kerana kita semua Uncleseekers.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/06/kita-semua-uncleseekers/

5/07/12

Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA

Penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Kami menahan seorang lelaki dipercayai pemilik laman blog Uncle Seekers (www.uncleseekers.blogspot.com). Dia ditahan pada pukul 9.45 malam, 4 Julai (semalam).

Katanya lagi, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan pada petang ini.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.

Dalam operasi di Senawang pada malam tadi, polis turut menahan seorang wanita berusia 26 yang berada bersama lelaki berkenaan, tambahnya.

Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.

Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.

Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.

Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

4/07/12

Apple bayar RM189 juta selesai isu nama iPad

SHANGHAI – Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc. bersetuju membayar AS$60 juta (RM189 juta) kepada syarikat Shenzhen Proview Technology bagi menyelesaikan pertikaian berhubung nama iPad.

Apple menggunakan nama iPad untuk komputer tablet keluarannya.

Menurut kenyataan Mahkamah Tinggi wilayah Guangdong di laman webnya semalam, Apple telah membayar wang tersebut pada minggu lepas.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding yang dituntut syarikat tersebut iaitu AS$400 juta (RM1.26 bilion).

“Ini bermakna pertikaian berhubung nama iPad dapat diselesaikan dalam cara yang memuaskan (kedua-dua pihak),” kata kenyataan tersebut.

Syarikat sekutu Shenzhen Proview di Taiwan telah mendaftar nama ‘iPad’ di beberapa negara termasuk China sejak awal tahun 2000 sebelum Apple tampil dengan menggunakan nama tersebut.

Seorang peguam syarikat Shenzhen Proview, Xie Xianghui berharap pihaknya dapat memperoleh ganti rugi sebanyak RM1.26 bilion.

Menurutnya, wang tersebut jika diperoleh akan digunakan untuk membayar hutang syarikat. – AFP

Pelik : Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal

Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.

Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.
Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.

Sumber: Melayukini

3/07/12

Cacing Lima Inci Hidup Dalam Mata

Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.

Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.

PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.

Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.

Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.

Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.

Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.

“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.

“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.

Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.

“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman.

Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.

Sumber: Melayukini

Zalim : Maut dipaksa minum asid

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.

Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.

Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

“Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan,” katanya.

Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

Harian Metro

Nik Aziz ucap tahniah atas cadangan hudud Umno

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Umno atas cadangan seorang ADUN parti itu di Johor untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas semua rakyat, termasuk bukan Islam.

"Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Menteri besar Kelantan itu mengalu-alukan negeri Johor untuk merintis usaha itu sekiranya negeri berkenaan mampu berbuat demikian.

"Kelantan hadapi halangan (untuk laksana hudud) tapi jika Johor boleh buat dahulu, buatlah, silakan," katanya.

Perkara itu ditimbulkan dalam DUN Johor pada 20 Jun lalu oleh seorang wakil rakyat Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan supaya negeri itu menjadi negeri pertama melaksanakan hudud sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini minggu lalu, Ayub berkata usaha itu berbeza daripada undang-undang yang diperkenalkan PAS kerana hanya meliputi orang Islam.

Turut mengemukakan sokongan kepada cadangan itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua dewan ulama parti itu, Datuk Dr Harun Din, dan timbalan pesuruhaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun menerima tentangan keras MCA seperti dinyatakan presiden parti itu, Datuk Ser Dr Chua Soi Lek yang berkata Ayub "hilang akal" kerana mengemukakan cadangan tersebut.

Laporan yang memetik kenyataan Chua itu turut disiarkan akhbar The Star hari ini di halaman 25.

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Sumber: Nizarazu

2/07/12

Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor

Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

- Bernama

Bandaraya George Town dilanda banjir kilat

Hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak pukul 12 tengah hari ini mengakibatkan hubungan beberapa batang jalan utama di bandaraya George Town terputus akibat banjir kilat.

Tinjauan Bernama mendapati antara jalan terlibat termasuk Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Logan, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

Di sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.5 meter tetapi tiada penduduk yang dipindahkan dan banjir itu mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan selama hampir 4 jam.

Pegawai Kanan Balai Bomba Jalan Perak, Shahrulnizam Che Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan seorang wanita cacat anggota terperangkap di dalam kediamannya.

"Sewaktu kejadian pukul 1.44 tengah hari, air naik sehingga ke paras dada dan bomba terpaksa memecah masuk pintu kediaman wanita bersusia 40 tahun untuk mengeluarkan dia dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya wanita itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan, ditumpangkan ke rumah jirannya sehingga air surut.

Seorang penduduk di Jalan P.Ramlee, Lee Eng Hong, 60, berkata rumahnya mengalami kerosakan apabila banjir kilat itu turut membawa lumpur.

Lee berkata dia tidak sempat menyelamatkan kereta serta motosikalnya kerana banjir berlaku dengan cepat dan memasuki rumahnya.

Sementara itu, Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu dan air dilaporkan semakin surut.

- Bernama

Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!

Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.

selangor dap justice reform team 261110 ng suee limADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.

"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.

"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.

ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.

Banglo Mewah Rahim Tamby Chik dimasuki penjenayah

KUALA LUMPUR - Sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai.

Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang.

Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis.

Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur.

"Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Berikut pula adalah laporan dari myMetro..

Pistol dilari penjenayah

KUALA LUMPUR: Sepucuk pistol Baretta milik Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Rahim Thamby Chik hilang dilarikan sekumpulan penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Pantai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek turut melarikan beberapa barang berharga seperti komputer riba, i-Pad dan barang kemas namun jumlah kerugian belum dapat dianggarkan berikutan ketika kejadian mangsa tiada di rumah kerana bercuti.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari seorang anak lelaki dan anak saudara mangsa yang pulang ke banglo dua tingkat itu dan mendapati lampu bilik utama terpasang.

Anak lelaki Rahim yang enggan dikenali berkata, menyedari rumah dimasuki penyamun dan bimbang dicederakan, dia dan sepupunya keluar semula dari rumah berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Ketika kami pulang ke rumah, kelihatan lampu di bilik utama terpasang sedangkan tiada sesiapa di rumah ketika itu.

“Sejurus masuk ke dalam rumah, kami mendapati keadaan berselerak. Jadi saya terus melaporkan kejadian itu pada polis,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Malah, pada hari kejadian, pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka itu juga tiada kerana bercuti sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, kejadian itu adalah yang kedua dipecah masuk dalam tempoh enam tahun dan kali pertama pada 2006.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis yang menerima laporan kejadian kemudian bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai memotong kawat besi pada tembok belakang rumah sebelum memotong jeriji tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah.

“Hasil siasatan lanjut, beberapa barang berharga dilarikan antaranya komputer riba, i-Pad dan barang kemas milik isteri mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam - myMetro
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3