----------------$$$$----------------

InstaForex

2/07/12

Bandaraya George Town dilanda banjir kilat

Hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak pukul 12 tengah hari ini mengakibatkan hubungan beberapa batang jalan utama di bandaraya George Town terputus akibat banjir kilat.

Tinjauan Bernama mendapati antara jalan terlibat termasuk Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Logan, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

Di sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.5 meter tetapi tiada penduduk yang dipindahkan dan banjir itu mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan selama hampir 4 jam.

Pegawai Kanan Balai Bomba Jalan Perak, Shahrulnizam Che Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan seorang wanita cacat anggota terperangkap di dalam kediamannya.

"Sewaktu kejadian pukul 1.44 tengah hari, air naik sehingga ke paras dada dan bomba terpaksa memecah masuk pintu kediaman wanita bersusia 40 tahun untuk mengeluarkan dia dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya wanita itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan, ditumpangkan ke rumah jirannya sehingga air surut.

Seorang penduduk di Jalan P.Ramlee, Lee Eng Hong, 60, berkata rumahnya mengalami kerosakan apabila banjir kilat itu turut membawa lumpur.

Lee berkata dia tidak sempat menyelamatkan kereta serta motosikalnya kerana banjir berlaku dengan cepat dan memasuki rumahnya.

Sementara itu, Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu dan air dilaporkan semakin surut.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3