PUTRAJAYA - Bagi melindungi pengguna dari ditipu dan mengalami kerugian,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) menegaskan, para peniaga online wajib mempamerkan segala
maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada
pelanggan sebelum sesuatu transaksi dilakukan, lapor New Straits Times.
Penguat kuasa KDPNKK akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana
peniaga online, termasuk yang beroperasi di media sosial seperti
Facebook dan Instagram, jika gagal mempamerkan harga barangan dan
perkhidmatan.
Ini termasuk tindakan akan diambil terhadap peniaga online yang meminta
pengguna menghubungi mereka secara peribadi untuk makluman harga
seperti, "PM me, sis!", dalam ruangan komen iklan barangan/perkhidmatan
yang dijual.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin
berkata, mana-mana individu yang menjalankan perniagaan online didapati
tidak mematuhi lapan perkara yang disenaraikan oleh KPDNKK boleh didenda
RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau
kedua-duanya sekali.
Akta Perlindungan Pengguna 1999 mewajibkan peniaga memaparkan maklumat (di laman sesawang) seperti berikut: