----------------$$$$----------------

InstaForex

26/03/14

Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap


Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan sebanyak 122 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.

Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanya.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.

"MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluas 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi.

"Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.

"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan.

Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.

Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.

Hishamuddin berkata kesemua petunjuk itu bakal membantu pasukan penyelamat dari 26 negara yang kini menumpu perhatian di selatan Lautan Hindi itu.

"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek.

"Paling penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.

"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.

Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu, dan membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.

Sementara itu Malaysia menyelia kerjasama antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini, katanya.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

Orang Islam Boleh Kahwin Dengan Jin Islam?

Ada seorang di tempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olah ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya, bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Jawapan: Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah SWT. Persoalan samada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin. Ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya); "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga." (Surah an-Nahli ayat 72) "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT." (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus, orang lain tidak nampak, kita seorang sahaja nampak, atau mungkin kita pun tidak nampak. Tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita?

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah SAW menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin. Jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik. Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam? Apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima?

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam. Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis). Kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaik, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta." - Darussyifa' Online  


TUDM sangka MH370 diarah patah balik


Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Tentera Udara Dirajay Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Malaysiakini

25/03/14

Kezaliman Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati


Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.

24/03/14

Sah: Pesawat hilang di Lautan Hindi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.

Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.

“Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima.

“Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi.

Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Jenayah siber kini jadi fokus polis



Penubuhan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dalam membanteras jenayah sehingga ke akar umbi pada awal tahun ini, dilihat memberi impak besar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata beberapa siri kejayaan Sting dan Stafoc dalam pembongkaran jenayah di seluruh negara, menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited membanteras jenayah didalangi sindiket yang bergerak aktif di seluruh negara.

"Kewujudan Sting dan Stafoc beri impak besar kepada PDRM, pasukan ini umpama Kumpulan Elit atau Skuad yang menerima latihan dan kepakaran tertentu, yang memfokuskan kepada sindiket-sindiket yang bergerak licik untuk kita cantas mereka sehingga akar umbi.

"Stafoc misalnya, kumpulan ini akan melaksanakan sesuatu misi bagi memastikan ia dapat selesaikan sesuatu kes secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, baru-baru ini sempena Hari Polis ke-207 yang disambut pada 25 Mac.

Beliau berkata begitu juga Sting, yang mana kumpulan ini akan membongkar sehingga ke akar umbi sindiket yang bergerak licik dalam pengedaran dadah di negara ini.

Stafoc berkuat kuasa 1 Jan lepas, ditubuhkan bagi menangani dan menguruskan kes-kes jenayah berat, gengsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

Sting pula dilancarkan pada 30 Jan lepas berperanan mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap serta operasi menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi PDRM ketika ini, Mohd Bakri berkata jenayah siber antara yang menjadi fokus utama pasukan keselamatan itu.

"Kita lihat dari sudut jenayah siber, keperluan untuk tingkatkan kekuatan kita untuk menjalankan tugas...dapatkan kepakaran tertentu supaya kita dapat bawa kes sedemikian ke mahkamah. Ini penting bagi kami," katanya.

Katanya bagi memenuhi keperluan itu, pakar dalam bidang tertentu dari luar negara mengajar pegawai polis di negara ini atau pegawai polis di sini dihantar berkursus di luar negara bagi mempelajari bidang tertentu termasuk aspek siasatan berkaitan jenayah siber.

Menyentuh mengenai kerjasama PDRM dengan persatuan berkaitan bagi memantapkan lagi pasukan itu, Mohd Bakri berkata PDRM menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak, misalnya dengan Majlis Profesor Negara (MPN).

"MPN contohnya, kerjasama ini bertujuan bagi PDRM mendapatkan pandangan tentang keselamatan negara, berkongsi input atau idea dengan anggota majlis itu bagi mempertingkat tahap keselamatan negara. Kita setuju untuk berkolaborasi, tubuhkan kumpulan kerja untuk membincangkan aspek keselamatan dan kepolisan.

Mohd Bakri berkata pihaknya juga berharap agar dapat tingkatkan kolaborasi dengan agensi lain di dalam Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan PDRM pada masa akan datang, beliau berkata pihaknya merancang untuk mengadakan program yang dapat mendekatkan pasukan itu dengan belia di negara ini.

"Kita akan cuba cari jalan untuk dekati masyarakat terutama golongan belia, kita beri mereka peluang untuk berinteraksi, meluahkan pendapat atau pandangan dan dalam masa sama kita akan beri penerangan kepada mereka tentang PDRM.

Mengenai sambutan hari Polis ke-207 esok, beliau berkata ia bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'.

Pelbagai aktiviti dirancang sempena sambutan itu, antaranya acara perbarisan yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini pada 8 pagi.

Pada sambutan itu juga akan diadakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada pejuang polis era persekutuan Tanah Melayu iaitu dalam tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

- Bernama


Sentuh di sini... untuk merangsang nafsu isteri anda?

Sentuh di sini... untuk merangsang nafsu isteri anda? Murshid Eunos

Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Kalau ikut kata nafsu, mata dan perhatian hanya tertumpu pada dada dan gerak tubuh.

Namun sebenarnya apabila sudah anda miliki seseorang wanita itu, perlu untuk dijadikan panduan dan ilmu penting bagi anda mengetahui bahagian mana sebenarnya perlu diberikan perhatian lebih. Ketahuilah yang wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang.

Antaranya termasuk rambut. Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggayakan rambut memberi kepuasan hati wanita.

Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja. Keduanya adalah pinggul. Fokus pada pinggul pasangan adalah idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda.

Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan ‘getaran’ buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Ketiga pula adalah bahagian kakinya. Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda.

Guna minyak aromaterapi atau losyen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda.

Keempat adalah telinga pasangan anda itu. Ramai yang tidak tahu yang telinga juga adalah bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya.

Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan ‘You look sexy’.

Kelima pula, tapak tangan. Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tapi jarang mengetahui mengenai kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda.

Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Keenam dan terakhir bahagian rahsia wanita selain tubuh lain adalah bahunya. Satu daripada cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu.

Menyentuh belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya.

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda.

-hmetro-

23/03/14

Rasmi: PKR kekal Kajang, majoriti kurang

 
Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9pm Pusat operasi MCA Sungai Chua - naib presiden MCA Chew Mei Fun menerima kekalahan di DUN Kajang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada presiden Wan Azizah.

Bagaimanapun, MCA mencapai dua sasaran - untuk mengurangkan majoriti PKR dan meningkatkan sokongan masyarakat Cina kepada MCA, katanya.

8.53pm Wan Azizah tiba di pusat penjumlahan dan SPR dijangka akan mengumumkan keputusan rasmi.

Petugas TNB dilihat berada di kawasan ini bagi mengelakkan berlaku kejadian bekalan elektrik putus.

8.52pm Bilik gerakan PKR -  Fahmi Fadzil berkata PKR secara tidak rasmi berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.

Menurut beliau PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).

"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.

8.40pm Tak rasmi dari sumber PKR:

PKR - 16,770
BN - 11,401
Majoriti - 5,369

Ini jumlah meliputi kesemua 88 saluran dan 72 peratus yang keluar mengundi.

Jumlah majoriti berkenaan menunjukkan ia merosot sebanyak 1,455 undi.

Calon PKR memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti 6,824, dengan 88 peratus keluar mengundi.

8.38pm Kira-kira 150 penyokong BN termasuk pengamal media berhimpun Kg Bukit Angkat untuk menikmati satay dan nasi lemak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan hadir ke sini bersama penyokong. Setakat tidak pasti sama ada beliau akan kekal dengan rancangan tersebut.

8:32pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR: 16,581
BN: 11,242

Majoriti: 5,339

8.15pm Bilik gerakan undi PKR - Suasana meriah dengan kumpulan ahli berhimpun menunggu kemaskini keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Kajang di sini.

Beberapa pemimpin utama parti, termasuk calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bertolak ke stadium Majlis Perbandaran Kajang.

Sementara itu pengarah strategi PKR Rafizi Ramli ketika ditemui berkata beliau gembira dengan keputusan tidak rasmi ini kerana berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang tewas sebelum ini iaitu Taman Delima dan Sg Sekamat.

"Kalau ikut peratusan kita menang lebih besar walaupun majoriti kita berkurang. Ini kerana peratusan keluar mengundi yang rendah," kata beliau.

8pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 16,086
BN - 10,407
Majoriti: 5,679

Dalam pada itu, difahamkan, calon PKR akan bergerak menuju ke pusat pengiraan undi dari Surau Ibnu Sina di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Kesesakan lalulintas turut berlaku apabila polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Reko, kira-kira 2km dari pintu utama UKM.

Polis turut menutup jalan utama dari satu bulatan menuju ke pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi - menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang 1km.

Polis menggesa orang ramai yang ingin bersama calon ke pusat penjumlahan itu untuk meletak kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki.

7.35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:

PKR - 13,414
BN - 8,226

Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.

7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira

PKR - 10,187
BN - 6,494

7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.

Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.

7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran:

PKR - 10,070 BN
BN - 6,145
Majoriti - 3925

6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi

PKR - 9,892
BN - 6,075
Majoriti - 3,817

6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi:

PKR - 9,257
BN - 5,448
Majoriti - 3,809

6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran.

PKR - 8,847
BN - 5,260
Majoriti - 3,587

6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran:

BN - 4,361
PKR - 7,514

6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi

PKR - 5,242
BN - 3,429

6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal:

PKR - 4,239 undi
BN - 1,617
Majoriti - 2,622

Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3