Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.
“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.
Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.
"Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.
"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan.
Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.
Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.
"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek.
"Paling penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.
"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.
Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu, dan membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.
Sementara itu Malaysia menyelia kerjasama antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini, katanya.
Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.