----------------$$$$----------------

InstaForex

19/04/12

Laman web BERSIH diserang DdoS

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH mendakwa laman webnya diserang denial-of-service (DdoS) selama 13 jam kelmarin.

'Serangan' itu dikatakan berlaku daripada jam 2 petang pada 17 April hingga jam 3 pagi hari berikutnya. Ia menyebabkan masalah akses bermula 2 petang pada 18 April (semalam).

"Serangan itu menyebabkan beban kita-kira sejuta permintaan setiap jam, iaitu lebih 100 kali daripada trakfik portal berita seperti Malaysia Today," kata BERSIH.
Menurut carta yang dibekalkan bersama kenyataan akhbar, trafik memuncak kepada 90 mega bit setiap saat, jauh melebihi pada masa biasa kira-kira satu atau dua mega bait setiap saat.

BERSIH percaya serangan itu sebagai langkah untuk mendiamkan mereka daripada menaikkan kesedaran berkaitan reformasi sistem pilihan raya melalui perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Unit Amal akan kawal siswa hingga 28 April

PAS akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan lelaki didakwa 'samseng' membuat gangguan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan seorang mahasiswa cedera yang mendapatkan rawatan di hospital.

Mahasiswa mendakwa selain khemah mereka dirosakkan, kamera dan telefon bimbit mereka juga dirosakkan oleh kumpulan itu yang tidak puas hati aksi mereka dirakamkan.

Laporan polis sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika ditemui Malaysiakini di tempat kejadian pagi ini, Khairul Faizi berkata, buat masa ini kawalan Unit Amal hanya akan dibuat pada waktu siang dan kekal sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini, apabila bantahan mahasiswa tamat.

Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.

Sehingga sekarang, sudah enam hari kumpulan mahasiswa dan aktivis berkampung di tempat bersejarah itu.

Video - 40 PENGGANAS BANGSAT MENYERANG MAHASISWA KETIKA SEDANG TIDUR

Melayu patut malu ada bangsat atau sampah masyarakat macam ni dalam bangsanya , memalukan, tindakan serupa haiwan ganas ini tak sepatutnya berlaku di malaysia, mereka hanya layak tinggal di hutan sahaja. Jangan bermain api nanti membakar diri..



WARIS ANJING GEMUK MALAYA UMNO

JOM KITA KENALI GANGSTER BACUL TAIK KUCING KERING YANG MENYERANG,MENCEDERAKAN DAN MEROSAKKAN HARTA WARGA MAHASISWA YANG BERKHEMAH DAN BANTAH DI DATARAN MERDEKA AWAL PAGI 19HB APRIL 2012....
BERUK GEMUK UMNO/PERKASA SEDANG BERBINCANG DGN EZAM BERUK.. INI LAH WAJAH SAMSENG YG PUKUL MAHASISWA PG TD.. INI SAMSENG BERANI TIME XDA ORG SAHAJA.. SAMSENG TAIK MINYAK..UMNO MEMG SIAL AJAR BERUK JD SAMSENG!!!!

------------------------------------------------------------------------------
Jabatan Amal Wilayah Persekutuan bersedia untuk bertempur dengan mana-mana pihak yg cuba menganggu Mahasiswa/siswi yg berhimpun di Dataran Merdeka. Jabatan Amal akan menempatkan sekurang-kurangnya 30 orang anggota untuk bertugas setiap masa! Kita masih menunggu respond dari Pihak Komando AMK Malaysia.

18/04/12

'PM patut jelaskan misi sulit Shafee di luar negara'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan tujuan menggunakan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi tugasan "sulit" di luar negara seperti didakwa, kata PKR.

Setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution yang membuat dakwaan itu semalam berkata, penjelasan itu mesti diberikan kerana ia melibatkan kepentingan awam ekoran dakwaan Muhammad Shafee dilantik oleh kerajaan.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga mempersoalkan kenapa Muhammad Shafee itu mesti dilantik sedangkan kerajaan sudah mempunyai Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Muhammad didakwa dilantik oleh perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April.

Dalam satu surat bertarikh 23 Mac, beliau dikatakan memohon kepada ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya - dengan salinan kepada Najib dan Rosmah - supaya semua kesnya antara tarikh itu dikosongkan.

Sebahagian kandungan surat itu didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 semalam.

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Menegangkan Payudara



Ustaz Azhar Idrus - Hukum Menegangkan Payudara

PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita

PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

FACEBOOKERS - 7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.

Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

https://www.facebook.com/notes/ustaz-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/facebookers-7-kesilapan-yang-merugikan-pakatan-rakyat/10150239616768239

17/04/12

Isu raja: Propaganda amat jelik Umno-BN, kata Azmin

( Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.)

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga. ( aku copy dalam FB pencacai umno )

Ini sekeping gambar puak umgok tuduh konunnya Ahli Parlimen P Rakyat mempersenda Yang Di Pertuan Agong didalam Facebook. Bagi saya apa yang pelik dengan gambar ini ? Tiada yang pelik dan cacatnya gambar ini ? Senyum ? biasala tu, bila juru gambar nak snap foto mesti la senyum..., .............

Bagi saya Umno sebenarnya tiada isu dan sengaja nak jadikan modal politik,..seboleh bolehnya mereka umno hanya nak cipta satu isu untuk menyerang PR.., umNO seperti terdesak memainkan isu raja ini. , Sebenarnya satu dunia dah tau umNO lah yang memperleceh dan menperkecilkan intitusi diraja kita.

Baca jawapan isu tak hormat raja dibawah

Isu raja: Propaganda amat jelik Umno-BN, kata Azmin Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.

"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya.

- Sinar Harian
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3