PRK KKB: Boleh tak Umno tarik undi Melayu?
-
PRK KKB: Boleh tak Umno tarik undi Melayu? ARVE Error: src mismatch
provider: youtube url: https://youtu.be/Yq2xPmN9Ths src in org:
https://www.youtube.c...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
-
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan *Kapal Dive Lodge* dibawah selian *Ustaz
Muhamad bin Abdullah* atau lebih dikenali sebagai *Ustaz Amin* yang
bert...
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
TERKINI! U.S LANCAR PERANG KEATAS CHINA???
-
Kapal AS berlayar dekat pulau tuntutan BeijingKapal pemusnah, USS Preble
didakwa berlayar berhampiran pulau buatan China hari ini.WASHINGTON - Kapal
perang...
SELOKA MELAYU SASTRA ABADI
-
Ahum'ma Gusti Prabu Hyang Dikalamula,
Trisukhma Triloka Trisat Saktimaya,
seru Sapurba Nila Atama,
seru Baginda Sri Girinata,
mohon restu menyata kata,
kalam...
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
*Lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan ucapannya semalam memberi
gambaran jelas satu kesepakatan yang diusahakan oleh Amer...
GEJALA COVID-19
-
* GEJALA COVID-19*
*Awak memang tahu penawarnya*
*cuma belum terbukti gah serasi*
*hydroxychloroquine bukan lawanmu*
*methotrexate jua bukan ubatmu*
*la...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
A better Blogger experience on the web
-
Since 1999, millions of people have expressed themselves on Blogger. From
detailed posts about almost every apple variety you could ever imagine to a
blog...
5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar. 5.00pm Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.
4.39pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.
Empat peti undi dari daerah mengundi Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai itu dimaterikan sebaik tamat tempoh pengundian.
Kesemua peti berkenaan mula tiba di tempat penjumlahan di Dewan Sivik, Gua Musang sejak jam 2.15 petang tadi. "Kita tidak dapat semak berapa sebenarnya yang keluar mengundi di kawasan Orang Asli itu sebab tidak ada talian telefon di situ," katanya lagi.
Kesemua peti undi berkenaan telah pun berada di pusat penjumlahan dan menunggu masa untuk dijumlahkan.
"Keputusan ini yang orang hendak tahu dulu, sebab keputusan (tidak rasmi) di peti undi lain, ejen-ejen calon sudah tahu," katanya.
Pada masa ini sedang berlangsung proses menyisihkan sebanyak 177 undi pos dan akan dijumlahkan bersama dengan undi lain, katanya.
Jumlah undi pos tersebut termasuk sebanyak 127 undi dari anggota polis dan selebihnya dari petugas SPR.
4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.
Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi. 3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.
Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.
3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.
2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.
Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.
1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.
'Budak sekolah balik rumah'
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.
1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkanmemasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.
12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.
11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.
"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.
Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.
Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.
Langit cerah, helikopter berlegar
11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.
Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.
Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.
11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).
10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.
"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.
10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.
Gear 2 naik bukit 10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.
Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.
"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka. 10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.
"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.
10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.
Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu. Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai 10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.
Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.
9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.
"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.
"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.
Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit. 9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.
Hadang dengan Landrover
9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.
Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.
Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.
SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.
8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian. 8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN. 'Penimbang lama' lawan 1Malaysia
8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.
Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.
Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang. 8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.
8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.
Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.
Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.
Pagi mendung
8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.
8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.
Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.
Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.
Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
-
Ditangkap khalwat, beri alasan nak bersahur bersama
JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air
rumah untuk mengelak daripada...
MN sokong Muhyideen Yasin
-
KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk
menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana
Menteri Mal...
jangan buat hati mak bapak cuak..!
-
Geram..?
Gelisah..?
Galau..?
Cuak..?
Bimbang..?
mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa
pantauan..?
mengapa kita masih ambil ...
Bijak dan berhati- hati mengundi di KKB
-
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu sedang rancak menjelang seminggu saja lagi
hari mengundi. Sedang saya mahu membuat ulasan ada rakan kirim video ini.
Sdr Pa...
Malaysia perlukan politik wajah baru
-
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEDAR atau tidak senario politik negara hari ini, cara kita membudayakan
politik bukan menuju ke arah masa depan cemerlang untuk me...
DON of Malaysia
-
Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang esok selepas Solat Jumaat. Bermakna
belum ada apa-apa keputusan penyelesaian siapa yang akan dilantik untuk
menja...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...