----------------$$$$----------------

InstaForex

8/02/12

PKR dakwa keluarga Shahrizat beli dua lagi kondo

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi (dua dari kiri) berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.
Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

Shahrizat dipanggil SPRM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Menurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketua Wanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang

Dipercayai beliau sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NFC dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail - yang merupakan suami Shahrizat.

Najib, Muhyiddin hanya tahu jaga Selangor sahaja

KUALA LUMPUR, 7 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas negeri itu walaupun Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu kerap sekali turun ke Selangor.

Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tindakan Najib dan Muhyiddin itu seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga.

“Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah-olah anak pungutan.

Katanya, pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

“Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan.

Menurutnya, anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik.

Mereka, katanya akan pastikan ibu bapa mereka tidak dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Katanya lagi, banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru Kafa kepada RM1,500, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.

Di samping itu, ujarnya kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai.

Justeru, kata beliau Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno.

Oleh itu, tambahnya akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka rakyat akan buta agama.

“Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula dirasai oleh semua lapisan rakyat, tidak seperti zaman Umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi,” ujarnya lagi.

Katanya, kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173 juta daripada RM800 juta yang mana BN berhutang, PR tolong bayar.

Menurutnya, untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah, maka diperuntukkan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

“Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insya Allah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR,” katanya.

Video - Ustaz Azhar Idrus=Ulamak UMNO Penipu-penipu agama?

Ustaz Azhar Idrus-Penipu-penipu agama

7/02/12

'Khir Toyo seolah-olah balas dendam pada Umno'

Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC," dakwa Faekah.

Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya ,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.

Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.

Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4 bilion.

Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain.

"Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama," katanya.

Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3