----------------$$$$----------------

InstaForex

8/10/11

Bajet 2012 seolah “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak”.

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Bajet 2012 seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti mana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak”.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang berkata, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

“Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, cadangan peringkat mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading,” ujarnya.

Ujarnya, boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja.

“Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus,” ujarnya. Mana tidaknya, kata beliau sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit hingga mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu ‘orang kuat utang’.

Menurutnya, pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti.

Sebagai contoh mudah, ujarnya yuran internet dan ICT di sebuah IPTA sehingga mencecah RM100 untuk satu semester, dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100, tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan.

“Bas kilang pun percuma, ini pula bas universiti.

“Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa,” ujarnya.

Katanya, ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Beliau bertanya, kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di IPT-IPT ini.

Tanya beliau lagi, bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Mana mahu guna emel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.

“Malang sungguh mahasiswa di Malaysia, bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya.

“Jom ubah kerajaan sekarang!” katanya.

Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal. Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam. Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.

"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak. "Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Bajet 'one-off' p'raya, kata MP Pakatan

Pembangkang membidas bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kerana membelanjakan wang yang kerajaan tidak ada, sambil memberikan kebebasan kepada pemain besar tempatan dan antarabangsa untuk memonopoli perniagaan.

mtuc cawp water tariff pc 171006 charles santiagoCharles Santiago (DAP-Klang) berkata ini adalah bajet "one-off" pilihan raya yang berdasarkan 'gula-gula' yang dijanjikan kepada pelbagai orang - dari sekolah swasta dan sekolah awam, sehingga kepada pesara dan kakitangan awam. "Ini tidak boleh diulangi lagi. Perkara "one-off" ini jelas untuk merasuah rakyat supaya mengundi BN," katanya ketika ditemui di luar Parlimen selepas Najib membentangkan Bajet 2012 semalam. Menurut Santiago, bajet tahun depan memberi terlalu banyak kelonggaran untuk syarikat-syarikat ternama - terutama syarikat antarabangsa - untuk menubuhkan kedai bebas cukai, manakala kelas menengah membayar apa yang dijanji kerajaan, tanpa mendapat apa-apa pulangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa bidang terbesar yang menjadi kebimbangan ialah liberalisasi 17 sektor, termasuk penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perundangan.

Syarikat-syarikat tempatan, tegasnya, akan menghadapi cabaran besar untuk bersaing dengan syarikat-syarikat multinasional yang lebih besar.

Menurut Santiago, ini adalah kesan langsung daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani oleh Malaysia, yang membolehkan pemilihan 100 peratus kepada syarikat-syarikat asing dalam perniagaan yang ditubuhkan di negara ini.

Kesan daripadanya, tegas beliau, pertama rakyat Malaysia akan ke luar negara untuk menubuhkan syarikat dan kembali untuk menubuhkan perniagaan di sini untuk mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai tersebut.

Lebih penting lagi, tambahnya, industri kecil dan sederhana akan terjejas kerana peniaga besar berkenaan akan datang dengan kilang, hospital, proses pengeluaran dan perkhidmatan mereka, termasuk peguam, dan mereka akan menelan peniaga kecil.

Menurutnya lagi, dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan dibuka, tanpa apa-apa sokongan untuk rakyat Malaysia, apa yang berlaku seterusnya ialah skim insurans penjagaan nasional akan dilaksanakan.

Katanya, ini bermakna ia menyediakan landasan bagi pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan skim insurans kesihatan nasional.

7/10/11

Pakar: Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.
Menurut pakar bedah orthopaedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf... "Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun ia tidak sembuh sepenuhnya.

5/10/11

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya. Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

3/10/11

Saksi misteri akan beri keterangan esok

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.
Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian. Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan. "Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya. "Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.” Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.

Pembentukan JK khas reformasi p'raya dibentang

Kerajaan hari ini membentangkan rang undang-undang pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi mencadangkan pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.



Turut dibentangkan adalah rang undang-undang bagi memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

azlanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul bagi memansuhkan undang-undang darurat itu buat bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini berikutan pengumumannya bulan lalu bagi menjadikan Malaysia, contoh negara demokrasi terbaik.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, pula membentangkan rang undang-undang bagi pembentukan jawatankuasa khas itu.



Menurut Nazri, jawatankuasa itu akan diwakili oleh sembilan ahli parlimen - lima dari BN, tiga mewakili Pakatan Rakyat dan seorang lagi wakil Bebas.


Jawatankuasa itu diperuntukan masa enam bulan bagi mengemukakan cadangan memperkasakan sistem pilihan raya di negara ini.


Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

azlanBeliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.



"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam," katanya ketika sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (kanan) (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan Pakatan Rakyat, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.



"Saya harap pembangkang jangan cuba ambil nama daripada langkah ini. Sebenarnya lembu punya susu tapi jangan ambil nama.

"Kita sudah umumkan perkara ini sejak 2009 lagi. Pemansuhan ISA ini bukan atas desakan Pakatan Rakyat tapi kehendak kerajaan BN sendiri. Jadualnya kita akan beritahu nanti sebab ada beberapa perkara yang harus dilakukan termasuk menggubal dua undang-undang yang baru dan proses konsultasi dengan beberapa pihak tertentu yang mewakili rakyat ramai," kata Najib.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Nanta mengenai strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat negara ini, Najib berkata, Gagasan 1Malaysia merupakan landasan penting dan tonggak utama kerajaan dalam usaha mengekalkan perpaduan erat di kalangan rakyat.

Katanya prinsip Gagasan 1Malaysia diterapkan dalam setiap inisiatif dan program kerajaan yang benar-benar mengambil kira hasrat dan keperluan rakyat.

"Bagi memupuk perpaduan, program menggalakkan integrasi telah dan akan terus dilaksanakan seperti sukan, program belia, Khidmat Negara dan di universiti, kursus hubungan etnik diwajibkan untuk semua penuntut.



"Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) juga ditubuhkan sejak awal 2010 untuk merunding isu antara agama melalui mekanisme perundingan, dialog dan menyelesaikan isu-isu antara agama dan penganut agama," katanya.

2/10/11

Generasi Baru Muda UMNO dan PAS


Generasi Baru Muda UMNO


Generasi Baru Muda PAS


apabila kita dah meninggal, sume amalan kita akan terputus, melainkan tiga perkara...antara amalan itu ialah DOA ANAK YANG SOLEH...


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3