----------------$$$$----------------

InstaForex

12/12/14

Suami tetak kaki, tangan isteri akibat cemburu



Seorang wanita cedera parah ditetak suaminya selepas satu pertengkaran di rumah mereka di Taman Suria, Kluang, semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Roze Shaari berkata kedua-dua pergelangan tangan dan kaki K. Menaga, 44, hampir putus akibat ditetak suaminya N Marimuthu, 47, di tempat letak kereta rumah mereka dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 11 pagi.

Katanya Marimuthu kemudiannya ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah dipercayai membunuh diri.

"Hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan cemburu suami yang mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura mempunyai 'skandal'," katanya ketika dihubungi semalam.

Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

10/12/14

Kisah Benar - Tersesat Hingga Ke Masjid Jin


WALAUPUN sudah banyak tahun mengerjakan fardu haji, kisah di Makkah ini tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini. Saya menunaikan fardu haji setahun sebelum bersara daripada jabatan kerajaan, iaitu pada April 1992.

Melalui sebuah syarikat swasta, Citra, saya dan rombongan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Tanah Suci.

Kami yang bercadang mengerjakan haji tamattuk, bertolak terus ke Madinah Al-Munawarrah selepas tiba di Jeddah. Kami berada di Madinah selama lapan hari, jadi dapatlah kami solat fardu 40 waktu di Masjid Nabawi yang agung lagi mulia itu.

Kami juga berpeluang menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti ke Jabal Uhud dan Masjid Quba. Untuk menambah pengalaman, kadang-kala saya berjalan seorang diri apabila ada masa terluang.

Selepas lapan hari, akhirnya kami ke Makkah untuk menunaikan umrah. Mengikut kaedah menunaikan haji, apabila seseorang itu berniat dan berazam menunaikan haji tamattuk, dia hendaklah terlebih dahulu mengerjakan umrah sebelum menunaikan haji. Kaedah haji tamattuk memerlukan seseorang jemaah itu membayar dam, iaitu seekor kambing.

Setelah sekian lama berada di Tanah Suci Makkah menunggu keberangkatan ke Arafah bagi menunaikan haji, saya terasa seakan-akan sudah biasa, macam di tanah air pula.

Saya tidaklah berapa berminat berjalan ke sana ke sini mengikut anggota rombongan lain, oleh itu saya menggunakan peluang itu menumpukan perhatian kepada beramal ibadat saja.

Saya berpendapat bermadailah saya ke Tanaim dan Jarranah sebagai tempat permulaan untuk mengerjakan umrah sunat.

Rupa-rupanya niat saya untuk bersendirian dalam mengerjakan umrah semacam tidak direstui Allah SWT.

Pemuda Umno desak lucut kerakyatan Alvin, Ali



Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan segera untuk melucutkan kewarganegaraan blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil.
  
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata tindakan drastik mesti dilakukan disebabkan kedegilan mereka berdua untuk pulang dan berhadapan dengan perundangan negara.
  
"Mereka tiada lagi hormat kepada prinsip Rukun Negara dan Malaysia tidak perlu mempunyai warganegara seperti mereka lagi," katanya selepas mempengerusikan sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014, di ibunegara semalam.

Beliau berkata Pemuda Umno menyokong penuh tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen membatalkan pasport kedua-dua lelaki terbabit, berkuatkuasa kelmarin.
  
Alvin Tan atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
  
Pada 18 Julai 2013, Tan dan teman wanitanya, Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook.

9/12/14

Diancam saman, Amazon jual buku tentang Taib



Gergasi jualan atas talian Amazon tetap menjual buku Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia, walaupun menerima ugutan saman fitnah oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Taib antara pihak disentuh dalam buku itu.

Buku itu mula dijual oleh pengedar buku United Kingdom (UK) pada 8 Disember, kata NGO Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) dalam kenyataannya semalam.

Pengarah eksekutif BMF Lukas Straumann (kanan), penulisnya, sebelum ini digantung oleh Amazon selepas Taib menghantar surat peguam kepada Amazon.

“Masyarakat sivil hari ini mendapat kemenangan penting terhadap ahli politik mapan yang cuba menghentikan pengedaran buku yang kritikal pada Yang Dipertua Negeri Taib...,” katanya.

“Amazon bukan hanya menjual buku itu tetapi turut menawarkan sejumlah pengedar buku bebas daripada UK dan Ireland untuk memasarkannya.”

Dalam surat kepada Amazon pada 23 Oktober, peguam Taib di UK Mischon de Reya berkata, buku itu berunsur fitnah kerana menggambarkan Taib sebagai pemimpin kuku besi yang korap dan mengaitkannya dengan dakwaan perdagangan balak haram.

Surat peguam itu juga dihantar pada penulis, penerbit dan pengedarannya.

Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-Quran


Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.

Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

8/12/14

MAS: Liow pertahan pelantikan Mueller









Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS) baharu, menunjukkan Khazanah Nasional Bhd komited untuk memperkukuhkan kembali syarikat penerbangan negara itu.
    
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kemampuan Mueller memulihkan syarikat penerbangan Ireland yang bermasalah, Aer Lingus dalam tempoh setahun, diyakini mampu melonjak kembali prestasi MAS sebagai antara syarikat penerbangan terbaik dunia.
    
Sehubungan itu, katanya, tidak timbul soal MAS atau Khazanah Nasional menafikan kebolehan anak tempatan menerajui syarikat penerbangan negara itu. 
 
"Memang kita ada ramai anak tempatan yang bersama dengan MAS, sekarang kita hendak menstruktur semula MAS dan telah menggunakan pelbagai cara sebelum ini(tetapi tidak berjaya).
    
"Tidak ada masalah jika kita hendak melantik mana-mana orang yang berkebolehan, yang penting kita perlu dapatkan hasil dan hasrat kita untuk melihat MAS kembali menjadi sebuah syarikat penerbangan yang unggul menjadi kenyataan," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Zon Pantai Timur di Bukit Gambang Resort, di sini hari ini.
    
Pelantikan Mueller diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas, sekali gus melenyapkan teka teki mengenai calon yang akan dilantik untuk menerajui MAS melalui pelan pemulihan 12 perkara oleh Khazanah.
    
Bagaimanapun langkah itu menimbulkan rasa kurang puas hati beberapa pihak, termasuk SukaGuam yang mahukan rakyat tempatan diberi kepercayaan itu.
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3