Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi,
selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu
terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika
wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula
menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia
MH17.
Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil
tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan
terhadap inisiatif kerajaan'.