----------------$$$$----------------

InstaForex

30/06/12

Perang siber. Malaysiakini Digodam lagi.

Laman Malaysiakini.com telah diserang sejak pukul 2.45 petang semalam. Begitu juga dengan beberapa laman web lain seperti Roketkini.com dan keadilanrakyat.org.

Malaysiakini sudah boleh diakses sejak malam tadi dengan melayari laman “kecemasannya”. Roketkini.com dan keadilanrakyat.org masih belum boleh diakses hingga kini.

Menurut CEO Malaysiakini, Premesh Chandran, serangan DDOS (Distributed Denial of Service) itu dibuat secara lebih advance dari serangan-serangan sebelum nya. Serangan ini dipercayai dibuat oleh sindiket asing yang dibayar untuk menggodam laman-laman web.

Sementara itu, Lim Kit Siang menerusi Twitternya berkata, “DDoS attacks on DAP, PAS, PKR websites since afternoon. UMNO-/BN cyber saboteurs rehearsing even more serious DDoS in 13GE.”

Beberapa bulan lalu, Tony Pua pernah membuat kenyataan bahawa BN sudah mengambil beberapa konsultan IT dari India untuk membantu BN menghadapi pilihanraya kali ini.Tidak mustahil, apa yang dikatakan oleh Kit Siang dalam twitternya bahawa BN sedang melakukan latihan menggodam laman-laman web sebelum mengumumkan pilihanraya ke 13.

Bagi mereka yang masih belum berjaya untuk mengakses Malaysiakini, anda boleh masuk ikut pintu belakang. http://m.malaysiakini.com.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/30/perang-siber-bn-pr-bermula-malaysiakini-diserang/

29/06/12

Uncleseekers terus ‘mengamuk’. Parpukari kena tendang.

Oleh: MSK

Dua hari lalu aku tulis tentang fenomena Uncleseekers. Dalam posting tersebut, aku tulis tentang peningkatan minat yang terlalu tinggi terhadap blog Uncleseekers.

Diantara sedutan posting tersebut ialah, “Aku berani kata, blog Uncleseekers akan meningkat lebih tinggi dari blog Anak Sungai Derhaka atau blog Parpukari dalam masa beberapa hari ini. Bila sesuatu blog itu sudah sampai ke ranking yang agak tinggi (sekitar 500-700), bukan senang untuk meningkatkan hits. Ia mengambil masa yang lama untuk meningkat. Perhatikan peningkatan yang luarbiasa dalam masa dua hari yang lepas.

Aku jangkakan ia akan mengambil masa beberapa hari bagi Uncleseekers untuk melintasi blog Parpukari dan Anaksungaiderhaka…tapi apa yang berlaku ialah blog Uncleseekers hanya mengambil masa dua hari untuk menyingkir blog Parpukari. Selepas ini, aku percaya ia hanya memerlukan sehari saja lagi untuk Uncleseekers menyingkir Anaksungaiderhaka.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Sama ada Uncleseekers akan menyingkir Amenoworld atau Papagomo sudah tidak penting bagi aku. Aku lebih minat apabila Uncleseekers dapat berada ditempat yang setanding dengan Malaysia-today.net. Dan ini tidak susah dilakukan.

Dalam posting yang sama dua hari lalu juga, aku memulakan dengan tajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”.

Aku bukan mendakwa Umno dibelakang Uncleseekers..tapi soalan itu hanyalah soalan provokatif yang juga dikenali dengan nama “lawyer’s trick”. Apabila seseorang peguam mahukan maklumat, dia kena pakai saikologi…dia tak boleh buat macam polis cari maklumat. Bubuh dalam bilik aircond, suruh telanjang dan peluk ais. Aku tak boleh nak siksa orang untuk dapatkan maklumat.

Uncleseekers sendiri tak marah bila aku buat soalan macam tu…sebaliknya orang-orang yang terlalu partisan terus menganggap aku cuba buat fitnah. Blog Umno tak payah cakap la…terus kutuk aku. Malah ada member dalam Pakatan juga yang bagi tau kat aku…”jangan over sangat la.”

Ini masalah politik Malaysia. Terlalu taksub dengan parti. Bila Raja Petra kutuk Umno semua orang kata Anwar bayar dia. Bila dia kutuk Pakatan, orang kata dia buat U-turn…dan ada yang tanya “Berapa Najib bayar?”

Itu sebab aku suka kalau Uncleseekers setanding dengan Malaysia-Today sebab Raja Petra akan hentam mana yang tak betul manakala Uncleseekers dari dulu tak minat dengan politik. Tapi kedua-dua blog ini akan menjadi perintis kepada perubahan politik Malaysia.

Terus terang aku katakan, Mediaperak adalah blog politik anti Umno. Dan bila aku menilai blog Uncleseekers, aku menilai dari sudut politik.

Bila aku tulis “Umno dibelakang Uncleseekers”, ada sebab mengapa aku membuat provokasi tersebut. Ia terhasil apabila aku bersembang dengan seorang peguam tentang mengapa Umno tidak bertindak terhadap kumpulan yang membuat ‘harrasment’ terhadap Ambiga. Peguam tersebut terus menjawab..”No action is an action!”.

Dari situ, aku bertanya “Mengapa Umno tidak mengambil tindakan terhadap Uncleseekers?”. Jawapannya juga mudah. “Tidak mengambil tindakan itu juga adalah satu tindakan!”.

Aku dah bagi beberapa klu untuk pembaca membuat andaian mengapa Umno tidak mengambil tindakan terhadap Uncleseekers. Tapi aku tau, kebanyakan pembaca mahukan jawapan yang disediakan..bukan mencari jawapan.

Hangpa nak tau pasai apa Umno tidak mengambil tindakan terhadap Uncleseekers? Tunggu malam sikit sementara aku menghabiskan “jigsaw puzzle” ini.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/29/uncleseekers-terus-mengamuk-parpukari-kena-tendang/

27/06/12

Isu RM3 bilion ditimbulkan Dato Murad sebenarnya harta beliau sendiri

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.

Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.

Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;

2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;

3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan

4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.

Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.

Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.

Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.

Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.

MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27 JUN 2012

Sumber Berita dari: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/isu-rm3-bilion-ditimbulkan-dato-murad.html

Umno dibelakang Uncleseekers?

Oleh: MSK

Uncleseekers
Sejak dua minggu lalu, aku memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu.

Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja.

Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers?

Printscreen dibawah dibuat pada 18 Jun dimana blog Uncleseekers berada ditangga ke 762 di Malaysia.
Untuk mencapai tangga ke 762, sesuatu blog itu perlu mendapat kunjungan tidak kurang dari 10,000 pengunjung setiap hari.

Semalam ini, aku buat satu lagi printscreen dan blog Uncleseekers sudah melonjak ketangga 507.
Aku tak tau jumlah sebenar yang mengunjungi blog Uncleseekers. Tapi yang pasti, blog Uncleseekers sudah jauh lebih popular dari blog Anwar Ibrahim, blog Najib, malah sudah lebih popular dari blog Tukar Tiub.
Aku berani kata, blog Uncleseekers akan meningkat lebih tinggi dari blog Anak Sungai Derhaka atau blog Parpukari dalam masa beberapa hari ini.

Apa yang istimewa dengan blog Uncleseeekers?

Apabila Nizar membuat tweet mengenai WWW1, maka dengan secepat kilat Pemuda Umno membuat laporan polis. Dengan secepat kilat pula polis menubuhkan skuad khas untuk menyiasat Nizar.

Uncleseekers sudah mula menulis tentang skandal-skandal di Istana Johor sejak 3 March, tetapi tidak ada seorang pun dari Pemuda Umno yang membuat laporan polis!. Sedangkan apa yang ditulis oleh Uncleseekers jauh lebih teruk dari tweet Nizar. Mengapa Pemuda Umno Johor tidak membuat laporan polis kalau betul-betul mempertahankan Raja?

Dimanakah Zulkifli Nordin?

Polis memulakan siasatan terhadap Nizar berdasarkan tweet yang dibuat, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Pas Perak terhadap Kosmo. Malah polis juga tidak mengambil tindakan terhadap blog Uncleseekers. Bukan polis saja yang takut terhadap Uncleseekers, malah hampir keseluruhan pemimpin Umno takut bersuara atau mengambil tindakan terhadap Uncleseekers yag menelanjangkan Sultan Johor.

Dimana Hasan Ali?

Hei!! Uncleseekers bukan saja memalukan keluarga Sultan Johor, malah menelanjangkan dan mengaibkan sama sekali. Mengapakah tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankan Sultan Johor dari keaiban yang dilakukan oleh Uncleseekers? Bukan setakat cara hidup yang terlalu mewah dengan deretan kereta-kereta mewah, malah kehidupan peribadi Tengku Mahkota Johor juga ditelanjangkan.

Dimana Perkasa dan Ibrahim Ali?

Minggu lepas, pejabat Nizar di Bukit Gantang digeledah. Pusat Khidmat di Pasir Panjang diselongkar dan sebuah laptop diambil oleh polis. Rumah Nizar juga diserbu dan sebuah lagi laptop diambil dan dibawa pergi. Tak cukup dengan itu, Nizar sendiri diserbu polis di hotelnya di Kuala Lumpur dan handphonenya pulak diambil.

Apakah polis tak tau tentang blog Uncleseekers sedangkan ratusan ribu rakyat Malaysia membaca blognya setiap hari? Uncleseekers bukan blogger yang menyorok identiti ataupun macam cybertroopers Umno yang takut menunjuk muka. Uncleseekers mendedahkan identitinya secara terang-terangan.

Kalau polis boleh menubuhkan skuad khas yang terdiri dari pakar komputer untuk menyiasat laptop dan telefon bimbit Nizar, apakah tidak ada seorang pun polis yang membaca blog Uncleseekers?

Ganjil.

Apabila sekumpulan manusia membuat demo didepan rumah Ambiga, Umno mendiamkan diri. Kita tahu, semua mereka yang berdemo itu adalah penyokong-penyokong Umno. Sebab itu mereka tidak diambil sebarang tindakan kerana Umno merestui tindakan mereka.

Apa yang dibuat oleh Uncleseekers jauh lebih hebat dari tayangan punggung terhadap Ambiga. Mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Uncleseekers sedangkan Umno lah yang selama ini menyalak bahawa merekalah pembela Raja-Raja Melayu?

Adakah Umno merestui tindakan Uncleseekers ini?

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/27/umno-dibelakang-uncleseekers/

25/06/12

Isteri Zahid Hamidi pun pandai ugut orang?

WOW..

Ingatkan rosmah je pandai masuk campur dalam urusan pentadbiran negara rupanya isteri zahid hamidi pun tak kurang hebatnya. Lihatlah sendiri SMS yang dihantar kepada presiden persatuan tentera melayu kat bawah neh ;

SMS ugutan dari isteri Zahid Hamidi SMS neh telah dilaporkan dihantar oleh isteri zahid hamidi. Walaupun wartawan malaysiakini telah mencuba menghubungi isteri zahid hamidi untuk memohon keterangan lanjut tetapi maklum balas yang diterima hanyalah sekadar

NO KOMEN!

No komen? No komen bukan bahasa nafi. No komen bererti takmau komen. Kalau takmau komen tue maksudnya memang sah lah SMS tue dia yang hantar. Adoiii… orang nak berdemo pun salah ke? Apa kena mengena urusan demo tue dengan dia?

Dia bukan menteri pertahanan pun. Lembik juga ek menteri pertahanan kita. Hal semacam tue pun minta bantuan isteri.

kah kah kah

Apa pun ini membuktikan bahawa zahid hamidi memang tak layak jadi menteri pertahanan. Nak pertahankan diri sendiri pun tak lepas, hadap bantuan isteri ini kan pula nak pertahankan negara. Patutlah rahsia keselamatan negara boleh bocor beb. Macam neh rupanya menteri kita.

kah kah kah

Psssssttt.. presiden veteran pun kecut perut ka lepas kena ugut dengan isteri zahid hamidi? Kalau tak, takan batalkan demo kot? Muahahaha..

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/25/isteri-zahid-hamidi-pun-pandai-ugut-orang/

Polis didakwa ambil gambar bogel tahanan ISA

Polis mengambil gambar foto tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) Sami Hammad dalam keadaan berbogel dan mengugut hendak mendedahkannya, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah (kiri) mendakwa, perkara itu berlaku dalam 20 hari pertama ketika Sami ditahan pada 21 Januari tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Sami, warganegara Iraq, didakwa disoal siasat oleh empat pegawai polis di pusat tahanan reman.

Fadiah - penyelaras kumpulan peguam Lawyers for Liberty - berkata beliau melawat Sami pada Jumaat lalu bersama peguam Farhana Abdul Halim.

Butiran dakwaan salah laku itu didedahkan Fadiah dalam sidang media hari ini.

24/06/12

Pekin Ibrahim Terkejut Buku Tulisannya Dirampas Jais

KUALA LUMPUR: Pelakon Pekin Ibrahim pada mulanya agak terkejut apabila buku pertama nukilannya berjudul Memoir Bukan Memoir dikatakan menyebarkan kandungan yang merosakkan akidah umat Islam sehingga dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di pejabat syarikat penerbitan buku terbabit pada 12 Jun lalu.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 31, berkata, salah faham yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan dan kandungan bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.

“Insiden itu berlaku kerana salah faham. Jais membuat serbuan pada syarikat penerbitan itu kerana buku-buku lain dan bukannya buku saya. Secara kebetulan buku saya juga berada di sana, mereka rampas beberapa naskhah bagi tujuan siasatan.

“Saya berasa terkejut dan terkilan juga dengan apa yang berlaku kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Aktor filem Bunohan itu ditemui pada pelancaran buku berkenaan di Galeri Annexe, Pasar Seni di sini, petang Sabtu. Turut dilancarkan pada majlis sama adalah buku tulisan pelakon Faizal Hussein berjudul Limelight.

Kedua-dua buku terbitan Merpati Jingga itu bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bercerita mengenai buku setebal 136 halaman itu, Pekin berharap ia akan memberikan manfaat dan motivasi kepada golongan remaja untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian masing-masing.

“Sejak saya mula menulis buku ini pada 2009, ada beratus-ratus bab mengenai perjalanan hidup saya dimuatkan dalam draf asal. Namun kita tidak boleh masukkan semuanya dalam buku ini. Saya dan penerbit ketengahkan 48 bab yang terbaik saja dalam buku ini.

“Kalau diikutkan masih banyak lagi cerita hidup saya yang belum didedahkan. Mungkin kalau ada bahagian kedua, dapatlah saya dedahkan bakinya. Apa pun saya hanya ingin berkongsi agar buku ini menjadi motivasi kepada semua khususnya remaja untuk maju dalam kehidupan,” katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, Pekin baru saja menamatkan penggambaran filem Tokan dan dijangka memasuki set penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul Usop Wilcha pada 10 Julai depan.

mStar

Wanita Malaysia hamil 12 minggu telan 34 pelet heroin

MELBOURNE – Seorang wanita warga Malaysia, yang sedang hamil dan dijadikan keldai dadah, menelan 34 pelet heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne, memberitahu hakim mahkamah di sini pada Jumaat bahawa dia bertindak demikian untuk “memberi makan anak saya”.

Mahkamah di sini mendengar bahawa Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, “teramat bimbangkan kesihatan bayinya” namun pada masa sama “terdesak” untuk mendapatkan wang yang ditawarkan untuk membawa masuk dadah itu, menurut laporan akhbar The Age.

Hakim Gabriele Cannon menyuarakan kebimbangan terhadap bayi dalam kandungan Norazlinda, yang kehamilannya disahkan selepas satu pemeriksaan di hospital susulan penahanannya pada 10 Februari lepas.

Pelet yang mengandungi sejumlah 83.1 gram heroin tulen dengan anggaran nilai pasaran A$92,200, berjaya dikeluarkan dari tubuh Norazlinda, yang ketika itu hamil 12 minggu.

Mahkamah turut diberitahu bahawa wanita terbabit sebelum itu melakukan ‘latihan’ ke Melbourne dari Kuala Lumpur sebelum dia bersetuju membawa masuk apa yang didakwanya sebagai bahan larangan yang tidak diketahui dengan mendapat bayaran kira-kira A$2,380.

Grant Schubert, yang menjalankan pendakwaan, berkata Norazlinda memberitahu polis dia hanya boleh menelan 34 daripada 80 pelet yang perlu dibawa masuk ke negara ini.

Peguam bela Moya O’Brien berkata, Norazlinda, ibu empat anak dan sedang hamil 38 minggu, “terdorong melakukan perbuatan itu semata-mata demi kebaikan anaknya.”

“Tetapi tidak bagus untuk kebaikan anak orang lain,” kata Hakim Cannon, dan menambah heroin adalah sengsara dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.

Hakim itu berkata “amat menyedihkan” apabila anak Norazlinda berada di Malaysia tanpa ibu mereka, namun begitu dia sanggup menelan sesuatu yang boleh membahayakan bayi yang sedang dikandungnya.

O’Brien bersetuju anak guamnya bertindak begitu kerana mahukan wang tetapi menegaskan bahawa dia terdesak untuk mendapatkan ganjaran kewangan seperti yang dijanjikan.

“Ini bukanlah untuk membiayai gaya hidup bermewah-mewah atau melunaskan hutang akibat berjudi tetapi satu pulangan sederhana ‘bagi tindakan yang berisiko seperti ini”, akhbar itu memetik peguambela sebagai berkata.

Ketika ditanya semasa memberi keterangan mengenai sebab dia melakukan kesalahan itu, Norazlinda berkata hidup adalah “perjuangan” dan dia mahu “beri makan anak saya”.

Hukuman terhadap Norazlinda, yang mengaku salah membawa masuk heroin itu, akan dijatuhi minggu depan. – Bernama

Siapakah umat Islam Rohingya?

Ini sesuatu yang aku pun baru tahu. Sebenarnya ada lah dalam seminggu neh. Sebelum neh pun memang tatau langsung penderitaan umat islam rohinggya neh. Nasib baik ada peranan facebook, blog dan twitter yang memudahkan penyebaran info tentang apa yang berlaku terhadap umat islam rohingya, myammar.

Aku petik serba sedikit artikel neh dari blog yang memang memperjuangkan isu neh untuk perkongsian bersama.

Asal usul umat islam Rohingya.

Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Apakah penderitaan yang mereka alami sebenarnya?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka. Sumber asal disini.

Punca kepada penderitaan mereka neh aku tatau. Adakah disebabkan mereka menganuti islam maka mereka disiksa? Benda tue tak jelas pada aku so aku maleh nak ulas lebih2. Cuma info yang aku baca, dikatakan PBB telah didesak untuk campur tangan masalah yang dihadapi oleh umat islam Rohinggya.

Mereka benar2 terdesak dan dihalau keluar dari tanahair mereka sendiri. Sama macam palestine gak neh. Kali neh myammar yang buat. Aku cadangkan kerajaan menghalang kemasukkan warga asing myammar ke malaysia.

Aku tiba2 jadi panas bila dapat tahu kekejaman myammar terhadap penganut islam di rohingya. Myammar jek pun. Takan itu pun kerajaan takley bertindak tegas dan keras kan? Kalau dengan amerika takut sangat, kali neh dengan myammar jangan nak takut2 pula.

Berkenaan soal pelarian umat islam rohingya pula. Betul juga pandangan blogger iaitu Dr. Zainur Rashid yang menulis artikel di atas, kita kena membantu mereka serba sedikit. Bagi dorang tempat tinggal sebab nak menetap di myammar memang tak selamat dah.

Aku tatau betul ke tak betul, tapi Dr. Zainur ada menulis umat islam rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera di myammar ada singgah di perairan malaysia dan beberapa negara lain. Dan kesemua negara2 neh termasuk MALAYSIA menolak mentah2 kehadiran mereka disini.

Owhh.. itu kejam sangat. Mohon jangan kerajaan buat macam tue. Orang dah terdesak kita layan macam sampah pula. Di manakah perikemanusiaan kita diwaktu kita dok beria2 war2kan malaysia ialah sebuah negara islam?

http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3