Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.
"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.
"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan lelaki didakwa 'samseng' membuat gangguan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan seorang mahasiswa cedera yang mendapatkan rawatan di hospital.
Mahasiswa mendakwa selain khemah mereka dirosakkan, kamera dan telefon bimbit mereka juga dirosakkan oleh kumpulan itu yang tidak puas hati aksi mereka dirakamkan.
Laporan polis sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Ketika ditemui Malaysiakini di tempat kejadian pagi ini, Khairul Faizi berkata, buat masa ini kawalan Unit Amal hanya akan dibuat pada waktu siang dan kekal sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini, apabila bantahan mahasiswa tamat.
Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.
Sehingga sekarang, sudah enam hari kumpulan mahasiswa dan aktivis berkampung di tempat bersejarah itu.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Unit Amal ini rupa-rupanya Anjing-Anjing PAS yang akan menjaga dan menjilat DAP/PKR ye....!
BalasPadam