Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai.
Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang.
Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur.
"Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Berikut pula adalah laporan dari myMetro..
Pistol dilari penjenayah
KUALA LUMPUR: Sepucuk pistol Baretta milik Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Rahim Thamby Chik hilang dilarikan sekumpulan penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Pantai, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek turut melarikan beberapa barang berharga seperti komputer riba, i-Pad dan barang kemas namun jumlah kerugian belum dapat dianggarkan berikutan ketika kejadian mangsa tiada di rumah kerana bercuti.
Difahamkan, kejadian itu hanya disedari seorang anak lelaki dan anak saudara mangsa yang pulang ke banglo dua tingkat itu dan mendapati lampu bilik utama terpasang.
Anak lelaki Rahim yang enggan dikenali berkata, menyedari rumah dimasuki penyamun dan bimbang dicederakan, dia dan sepupunya keluar semula dari rumah berkenaan sebelum membuat laporan polis.
“Ketika kami pulang ke rumah, kelihatan lampu di bilik utama terpasang sedangkan tiada sesiapa di rumah ketika itu.
“Sejurus masuk ke dalam rumah, kami mendapati keadaan berselerak. Jadi saya terus melaporkan kejadian itu pada polis,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Malah, pada hari kejadian, pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka itu juga tiada kerana bercuti sejak tiga hari lalu.
Menurutnya, kejadian itu adalah yang kedua dipecah masuk dalam tempoh enam tahun dan kali pertama pada 2006.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis yang menerima laporan kejadian kemudian bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai memotong kawat besi pada tembok belakang rumah sebelum memotong jeriji tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah.
“Hasil siasatan lanjut, beberapa barang berharga dilarikan antaranya komputer riba, i-Pad dan barang kemas milik isteri mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam - myMetro
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.