----------------$$$$----------------

InstaForex

3/07/12

Nik Aziz ucap tahniah atas cadangan hudud Umno

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Umno atas cadangan seorang ADUN parti itu di Johor untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas semua rakyat, termasuk bukan Islam.

"Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Menteri besar Kelantan itu mengalu-alukan negeri Johor untuk merintis usaha itu sekiranya negeri berkenaan mampu berbuat demikian.

"Kelantan hadapi halangan (untuk laksana hudud) tapi jika Johor boleh buat dahulu, buatlah, silakan," katanya.

Perkara itu ditimbulkan dalam DUN Johor pada 20 Jun lalu oleh seorang wakil rakyat Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan supaya negeri itu menjadi negeri pertama melaksanakan hudud sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini minggu lalu, Ayub berkata usaha itu berbeza daripada undang-undang yang diperkenalkan PAS kerana hanya meliputi orang Islam.

Turut mengemukakan sokongan kepada cadangan itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua dewan ulama parti itu, Datuk Dr Harun Din, dan timbalan pesuruhaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun menerima tentangan keras MCA seperti dinyatakan presiden parti itu, Datuk Ser Dr Chua Soi Lek yang berkata Ayub "hilang akal" kerana mengemukakan cadangan tersebut.

Laporan yang memetik kenyataan Chua itu turut disiarkan akhbar The Star hari ini di halaman 25.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3