Kurang 24 jam selepas empat plaza kutipan
tol dimansuhkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan
serangan terhadap pembangkang, menyifatkannya sebagai hipokrit atas
cubaan mereka 'putar-belit' hal ini.
Beliau antara lain berkata pembangkang hipokrit kerana menyokong 'Bapa Segala Tol'.
"Inilah pembangkang di Malaysia. Hipokritnya mereka, mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat," kata Najib dalam tulisan di blognya hari ini.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama dalam hantaran tersebut, Najib sebelum ini menggelar Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Bapa Segala Tol' semasa perhimpunan agung Umno Disember lalu.
Kenyataan perdana menteri susulan pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor yang berkuatkuasa tengah malam tadi.
Pemansuhan itu selari dengan pengumuman Najib dalam ucapan Bajet 2018.
Selepas ucapan itu, perdana menteri berkata pembangkang cuba memutar-belitkan pengumuman itu bagi manfaat politik mereka.
Beliau menolak dakwaan perjanjian konsesi kutipan tol untuk Sungai Rasau dan Batu Tiga sepatutnya tamat pada 2018.
Beliau juga menempelak presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pemansuhan empat tol itu boleh membebankan orang ramai.
Omong kosong
"Lebih buruk lagi, ada pula yang mengatakan bahawa pemansuhan tol ini hanya memudaratkan rakyat. Mungkin mereka ini tak dapat lihat kesesakan di kawasan bertol tersebut, atau mereka tak dapat mengira berapa ramai rakyat yang kini dapat berjimat apabila tidak lagi perlu membayar tol," katanya.
Kenyataan asal Wan Azizah sebagai maklum balas kepada menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata kerajaan tidak akan membayar pampasan konsesi tol Plus Malaysia Bhd dengan wang tunai.
Sebaliknya Johari berkata pada waktu itu kerajaan sedang mempertimbangkan menambah tempoh perjanjian konsesi tol-tol lain yang dioperasikan Plus.
Wan Azizah pula membidas kembali dengan berkata hal ini samalah seperti 'mencuri duit dari pembayar tol lain bagi memansuhkan empat tol tersebut.
Bagaimanapun, Najib turut menyelar pembangkang kerana tidak memansuhkan tol-tol di negeri-negeri dalam penguasaan mereka, malahan membina lebuh raya bertol.
Najib berkata pembangkang tidak berupaya untuk menunaikan janji-janji mereka.
"Kesemua ini hanya omong kosong, bukan sahaja tol, bahkan satu apa janji populis mereka kepada rakyat pun tak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana hakikatnya mereka tidak mempunyai perancangan dan pelan yang kukuh untuk melaksanakannya," katanya lagi.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407234#gHmqV5DVaAtvb80H.99

Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.