----------------$$$$----------------

InstaForex

30/04/20

Perak bebas kes aktif COVID-19 - MB Perak



Perak bebas kes aktif COVID-19 - MB Perak

IPOH: Perak kini negeri bebas daripada kes aktif COVID-19 selepas dua pesakit terakhir yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sembuh dan dibenarkan keluar semalam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ini menjadikan kesemua 247 pesakit positif COVID-19 yang direkodkan di negeri ini telah pulih daripada wabak berkenaan.

"Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming, hari ini. Maka, hospital-hospital seluruh negeri Perak adalah sifar pesakit COVID-19, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Terdahulu, Ahmad Faizal hadir pada majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan untuk petugas barisan hadapan antaranya kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) daripada syarikat My Vista dan Syarikat Kangsor Hydro yang diserahkan kepada Dr Ding.

Ahmad Faizal turut menerima sumbangan berjumlah lebih RM600,000 daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Syarikat Renesas International bersama-sama Syarikat Carsem (M) Sdn Bhd, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd dan Syarikat Kangsor Hydro untuk Tabung Bencana COVID-19 Negeri Perak selain sumbangan pek makanan kering bersempena Ramadan oleh Syarikat Headlines International Sdn Bhd.


Menteri Besar berkata bagaimanapun, perkara itu tidak bermakna rakyat Perak boleh terus berasa selesa dengan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu untuk tidak bersalaman, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan diri.

"Saya menyarankan pada semua rakyat jangan fikir PKP telahpun tamat, PKP masih ada ...tetap amalkan jarak sosial. Saya fikir itu satu budaya baharu yang kita perlu amalkan selama-lamanya," katanya.

Sementara itu, Dr Ding berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 253 kes positif COVID-19 dan enam kematian direkodkan di Perak.

"Bagaimanapun, kesemua 247 kes positif COVID-19 (253 kes positif tolak enam kematian) telah pulih dan dibenarkan pulang dengan dua pesakit terakhir di HRPB dibenarkan pulang petang semalam," katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui laman sosial media Facebook rasminya semalam melaporkan Perak masih kekal dengan dua kawasan zon merah iaitu Durian Sebatang di daerah Hilir Perak dan Ipoh di daerah Kinta. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3