----------------$$$$----------------

InstaForex

30/04/20

Anwar kecewa jika tidak menjadi PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau kecewa jika tidak diangkat menjadi Perdana Menteri selepas empat dekad bergiat aktif dalam politik negara.

Namun, Presiden PKR itu yang berusia 72 tahun menegaskan dirinya tidak bersedia untuk memikul amanah sebagai Perdana Menteri jika ditakdirkan dipanjangkan umur sehingga mencecah 90-an.
"Tidak masuk akal. Tidak mungkin saya hendak menunggu sehingga berumur 90 tahun baru hendak berfungsi secara efektif menjadi ketua negara.

"Saya tidak fikir perlu menunggu sehingga 20 tahun lagi. Tidak terbayang dalam pemikiran saya," katanya ketika diwawancara radio The Bussines Station (BFM), hari ini.
Anwar sebelum ini menunggu hampir dua tahun untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janjinya menamakan beliau sebagai pengganti selepas PH membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri mengumumkan peralihan kuasa kepada Anwar hanya berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada akhir tahun ini.
Bagaimanapun, pertikaian mengenai tempoh peralihan kuasa itu akhirnya menyebabkan PH berpecah, hingga mengakibatkan pentadbirannya sebagai Kerajaan Pusat berakhir pada 24 Februari lalu.

Anwar yang juga Ketua Umum PH bagaimanapun berkata, beliau akan terus 'bergerak ke depan' jika ditakdirkan hasratnya itu tidak tercapai.
"Jika diberi peluang, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan dan saya boleh mainkan peranan kecil dalam proses ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan, sedia menggalas jawatan Perdana Menteri dalam tempoh lapan tahun lagi, namun ia bergantung adakah PH mampu menjadi kerajaan semula pada PRU akan datang dan juga faktor kesihatannya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menjelaskan, beliau berhasrat menjadi profesor di universiti, menulis buku dan meluangkan masa bersama cucu atau berkebun dengan menanam pisang, nanas, durian dan rambutan.

Anwar turut mengakui, beliau kecewa dengan tindak tanduk bekas timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam parti dan menyifatkan Ahli Parlimen Gombak itu sebagai pengkhianat.
Disoal adakah beliau sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir pada masa depan dalam kerangka perjuangan PH, Anwar berkata ia hanya menyentuh isu penting atau strategi bersama dalam pakatan pembangkang.

sumber:https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/04/683173/anwar-kecewa-jika-tidak-menjadi-pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3