----------------$$$$----------------

InstaForex

12/07/14

Berita Terkini Israel Serang Gaza Palestin Julai 2014

Tentera Israel mencemarkan kesucian bulan Ramadhan apabila melakukan serangan udara keatas Semenanjung Gaza, Palestine yang kononnya serangan dilancarkan itu adalah “Operasi Perlindungan Sempadan” atau “Operasi Batu Konkrit”

Serangan menggunakan bedilan ratusan roket itu disifatkan yang terburuk sejak November 2012 ketika Israel berdepan dengan tunjuk perasaan rakyat Palestin berhubung kematian seorang remaja tempatan oleh pelampau Yahudi

Berikutan serangan awal yang dilakukan oleh tentera Israel itu telah mengorbankan dan mencederakan rakyat Palestin

Kali terakhir Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza adalah pada tahun 2012
Berikut adalah laporan perkembangan konflik Israel, Palestin di Gaza
12 Julai, Sabtu

1- Meskipun dikecam dunia, Israel tetap dengan pendirian kejam mereka apabila mendakwa serangan ke atas Gaza dilancarkan untuk menamatkan bedilan roket Hamas yang mengenai beberapa kawasan dan bandar termasuk di Tel Aviv serta Baitulmuqaddis

2- Bilangan kematian penduduk Palestin akibat serangan tentera Israel di Gaza direkodkan 103 orang setakat awal pagi Sabtu dalam serangan yang masuk hari kelima manakala 700 yang lain cedera

3- Serangan Israel itu turut melibatkan bedilan kereta kebal di timur Rafah manakala jet-jet rejim Zionis turut melancarkan serangan bom dekat sempadan Gaza-Mesir

4- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan dalam satu ucapan televisyen bahawa serangan ke atas Gaza berjalan seperti yang dirancang dan akan ditingkatkan pada masa depan

5- Beliau dan beberapa pegawai kanan rejim Zionis dipercayai akan menimbang beberapa pilihan dalam kempen ketenteraan ke atas Palestin yang berkemungkinan melancarkan serangan darat tanpa mendedahkan tarikhnya

6- Untuk info, Kali terakhir Israel melancarkan serangan darat ke atas Gaza adalah pada awal 2009

7- Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri bertegas untuk tidak menyerah kalah dan sebuah sayap ketenteraan pergerakan Hamas telah memberi amaran ia berhasrat untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel

8- Menurut sayap ketenteraan Hamas itu, ia akan melakukan serangan tersebut menerusi roket yang dilancarkan dari Gaza

9- Kemaskini jam 8.00 malam, angka korban rakyat Palestine meningkat kepada sekurang-kurangnya 120 orang dimana dari jumlah itu majoriti adalah wanita dan kanak-kanak manakala 700 cedera

10- Tanpa menghiraukan tekanan supaya menghentikan serangan udara rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan pihak luar

Video rangkuman laporan sebelum ini
11 Julai, Jumaat

1- Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat pada Jumaat menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang

2- Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan

3- Kematian itu turut berlaku ketika pertempuran melibatkan serangan roket para pejuang Palestin dengan tembakan peluru berpandu milik rejim Israel berlangsung

4- Daripada jumlah 83 yang terkorban itu, 21 daripadanya adalah kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel

5- Kebanyakan yang meninggal dunia itu melibatkan orang awam yang terkena serpihan objek selepas jet-jet tentera Israel melakukan serangan ke atas rumah-rumah yang disyaki para pejuang Palestin

6- Roket-roket yang dilancarkan para pejuang Palestin ke wilayah Yahudi berjaya ditembak jatuh menerusi sistem pertahanan Iron Dome milik Israel

7- Amerika Syarikat (AS) kini mula mendesak Israel dan para pejuang Palestin mengurangkan tekanan di Gaza dan menyuarakan kebimbangan berhubung keselamatan orang awam

8- Pihak berkuasa di Mesir membuka pos menyeberangi sempadan di Rafah bagi membawa penduduk Palestin yang cedera untuk menerima rawatan

9- Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Jumaat memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau bimbang pertelangahan Israel dengan Hamas di Gaza bertukar menjadi lebih buruk

Sehubungan itu, AS menurut Obama menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata bagi kedua-dua pihak

10- kemaskini jam 8.30 malam, jumlah angka korban penduduk Palestin kian meningkat kepada lebih 100 orang manakala 670 orang yang lain cedera berikutan bedilan roket berterusan yang dilancarkan tentera Israel

10 Julai 2014, Khamis
1- Tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin
Kemusnahan akibat daripada serangan udara Israel di Beit Hanoun, di utara Semenanjung Gaza, pada 9 Julai 2014

2- Serangan Israel pada hari kedua telah mengorbankan sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin termasuk para pejuang, kanak-kanak manakala lebih 370 yang lain tercedera

3- Sasaran serangan udara Israel itu termasuklah kediaman penduduk dan hospital

4- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia dan berkemungkinan akan melancarkan serangan darat ke Gaza

5- Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Osama Hamdan berkata bahawa pergerakan HAMAS tidak akan bersetuju untuk gencatan senjata selagi mana serangan ke atas Gaza berterusan
Beliau memberitahu al-Resalah Net dalam satu temu bual yang diterbitkan bahawa serangan ke atas Gaza ialah satu tindakan agresif yang perlu ditamatkan
Iron Dome Israel

6- Semalam Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza
Namun, menurut laporan media barat semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel
Tetapi laporan lain mengatakan “Iron Dome Israel’ tidak dapat menghalang sebahagian daripada roket hamas dan berjaya menembusi Israel

7- Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut. Mereka menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv

8- Rakyat Palestine terutamanya pemuda-pemuda terus bangkit melawan kekejaman tentera Israel keatas mereka walaupun hanya bersenjatakan mercun buatan sendiri dan batu-bata
Dalam pada itu,  sebuah rakaman video tersebar di youtube yang didakwa dikeluarkan oleh tentera Israel yang mendakwa pejuang Palestin cuba melakukan serangan dari laut bagaimanapun cubaan serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh mereka
Kemaskini

9- Tujuh terkorban dalam serangan udara oleh Israel di Semenanjung Gaza awal pagi Khamis, lapor AFP
Serangan udara Israel yang masuk hari ketiga pada Khamis itu menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban meningkat kepada 57 orang mangsa

Dikemaskini 12/07/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3