Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kuat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor kerana beliau tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij tersebut.
Pemuda Pakatan Rakyat yakin kedudukan beliau yang sesuai dan terbaik ialah hanya di gedung-gedung pakaian dan membeli-belah dan bukannya berada di kerusi tertinggi untuk sebuah institusi gedung ilmu negara.
Kenyataan tegas Pemuda Pakatan Rakyat ini juga menyokong desakan yang kuat daripada mahasiswa,mahasiswi dan pensyarah UNISEL sendiri apabila satu program yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sokongan agar Canselor UNISEL ini ditukar segera mendapat sokongan total dan tidak berbelah bagi.
Malahan kita yakin masyarakat di negeri Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara.
Menyedari hakikat ini,Kerajaan Negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu,akal budi dan akhlak murni yang tinggi.
Ia adalah salah satu usaha progressif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.
Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standart universiti tersohor dan terbilang dunia.
Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka.
Kerajaan Negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang.
Semakin lama kerusi ini disandang oleh Rosmah Mansor ianya hanya akan menjadi satu liabiliti dan tanggungan kepada pihak kerajaan Negeri dan juga UNISEL.
Malahan, kredibiliti dan ketinggian institusi ini akan semakin dipersoalkan oleh masyarakat dan dunia antarabangsa.
Pemuda Pakatan Rakyat yakin apabila kerusi Canselor UNISEL ini disandang oleh individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.
Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.
Justeru, Kerajaan Negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini.
Akhirnya, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor UNISEL disegerakan.
Kita yakin seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta warga penggerak UNISEL akan bertambah bersemangat untuk memartabatkan universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dengan pertukaran Canselor UNISEL yang akan melonjakkan UNISEL antara universiti terbilang dunia.
---
Kenyataan ini dikeluarkan oleh
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Hasbullah Mohd Ridzwan
Dewan Pemuda PAS Selangor
YB Lau Weng San
DAPSY Selangor_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.