----------------$$$$----------------

InstaForex

1/11/11

Exco: S'gor tak terbabit bawa peninju Israel ke M'sia

Kerajaan Selangor menafikan terlibat dalam penganjuran program realiti The Challenger Muay Thai membabitkan peninju Israel Ilya Grad yang diadakan di negara ini.

Exco pelancongan Elizabeth Wong berkata, walaupun berjaya menarik siri televisyen itu difilemkan di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak terlibat dalam penganjurannya.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Katanya, sekiranya kemasukan Grad dimaklumkan lebih awal, kerajaan negeri pasti memohon Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukan warganegara Israel itu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam dilaporkan berkata Selangor memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan itu; sementara kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan memasuki Malaysia pada satu tarikh untuk menyertai kejohanan yang dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Menulis di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan beliau memasuki Malaysia melalui Thailand dan ditahan 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Katanya, dengan begitu sahaja beliau melepasi sempadan dengan pas khas kerana pasport Israel miliknya tidak dicop.

Dalam kenyataannya hari ini, Wong berkata, insiden ini sudah dua kali berlaku dan menteri berkenaan hendaklah menghentikan pas masuk khas kepada warganegara Israel.

"Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel, katanya"

Katanya, hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan sekiranya negara itu mengiktiraf hak rakyat Palestin dan menghentikan keganasan terhadap negara jirannya.
Mengulas kenyataan Shabery, Wong mendakwa menteri itu membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah dengan menunding jari pada pihak lain.

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa kerajaan persekutuan," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3