----------------$$$$----------------

InstaForex

7/12/11

BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.

azlanMenurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit. BMF jugamendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.
Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

azlanTaib juga sebelum ini menafikan bahawa ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".

"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/183417

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3