Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman
Anwar yang kelihatan berbaju kemeja putih dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ditugaskan khas menjaga keselamatannya susulan daripada insiden yang berlaku ke atas pengawal peribadinya yang mengiringi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, malam tadi.
Ribuan rakyat turun membanjiri padang sejak seawal jam 7 malam untuk menantikan ketibaan Anwar yang disambut oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mengadakan acara "Grand Final" di Kampung Pandan yang terletak lebih kurang enam kilometer dari Kampung Baru. Dalam ucapannya, Anwar jelas sama sekali tidak gentar dengan penguasa zalim yang mahu memenjarakannya kerana perjuangannya bukan terbatas dari dalam penjara tetapi apabila rakyat sudah bangun menentang kezaliman, rejim Mesir yang diketuai bekas presiden Hosni Mubarak yang kuat pun boleh dikalahkan. Tambahnya lagi, kekuatan sebenar dirinya adalah dari dalaman yang teguh berpaksikan keimanan dan perjuangannya bak membujur lalu melintang patah, sekali mara tidak akan undur.
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.