Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.
Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.
"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.
"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.
- Bernama
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Sebelum laksanakan Hudud kenapa tidak ditutup rumah-rumah seks , arak atau perjudian di Kelantan, Kedah, Selangor atau PPinang. Buktikan `PAS BOLEH' dan jadikan ianya contoh terbaik untuk UMNO yang jahil....janganlah beri alasan untuk tidak melaksanakannya...tepatilah janji seperti yang diharapkan oleh penyokong/pengundi PAS juga seluruh warga Islam di Malaysia. Buktikan PAS boleh meninggikan syiar Islam bukannya sekadar memasang tinggi-tinggi bendera PAS!
BalasPadamSekarang ini pun kelihatan amat jelas DAP ganti PAS dalam halatuju perjuangan PR....!
Dua-dua usaha kena berjalan serentak amar ma'ruf nahi mungkar. Hudud laksanakan disamping ruang-ruang maksiat ditutup. Rasulullah tak pernah tunggu maksiat selesai dulu baru laksana hukum Islam.
PadamDah laksana hudud.. for sure seks, arak,judi akan berkurangan sari demi sari.. ni tidak.. bunyi je hudud.. pedih telinga tanak dengar apatah lagi nak laksanakan.. hudud bukan hak PAS atau UMNO dan bukan rekaan.. ia Hak Allah yang wajib dilaksanakan sekiranya negara itu adalah negara ISLAM yang pemerintahnya adalah orang ISLAM..
Padamcuba bayangkan Hudud bagi orang yang mencuri dipotong tangannya. sekiranya undang-undang membenarkan begitu.. ada ke yang mahu tangannya putus?hah! mencuri laa lagi..
PadamPAS main wayang lagi.
BalasPadamPAS consistent.
BalasPadammana ada rumah arak, pelacur, judi semua2 tu kat Kelantan sekarang ni. kalau ada pon 'underground' la. MCA try nak halalkan bende tu kat Kelantan, tapi sori beb, lu sapa?
cakap jgn ikut kepala lutut.