----------------$$$$----------------

InstaForex

16/10/14

Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden






Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkan TechCrunch.com.

Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.

Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.

“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.

“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.

Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.

"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.

Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.

Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.

Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3