----------------$$$$----------------

InstaForex

10/01/15

'Keputusan Liwat II tak lama lagi'

Keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui “tidak lama lagi”, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada kes itu akan turut mematuhi pekeliling kepada hakim yang menetapkan agar keputusan sesuatu kes ditentukan atau dibuat secara bertulis dalam masa tiga bulan.

Menjawab soalan itu, Ariffin berkata kes tersebut didengar dua bulan dahulu dan ia masih dalam jangka masa yang dibenarkan.

"(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang," kata Ariffin.

Satu laporan Bernama sebelum ini memetik Ariffin sebagai berkata yang semua kes perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan.

Ariffin menjelaskan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika ia melibatkan kes yang rumit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Comment

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PERINGATAN: Blogger 1Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
InstaForex

PENAFIAN

PENAFIAN: Semua petikan berita dan video di ambil dari web tempatan dan luar negara ada kena mengena dengan kepimpinan negara dan politik tanah air. Petikan ini hanya di buat untuk penilaian pengunjung sahaja untuk melihat kejadian sebenar senario politik Malaysia bukanlah dari luahan sebenar dari blogger 1Rakyat. Anda digalakan mengambil semua maklumat atau berita dalam blog ini untuk dijadikan rujukan dan pandangan dari pihak lain (copy & paste adalah digalakkan).

Posting Popular

Rakan Seperjuangan

Paparan halaman minggu lalu

Archive

Blog List 3