Sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Anak Malaysia Anti Demokrasi" mengugut untuk membunuh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan kereta beliau.
Dalam satu video Youtube yang ditayang menerusi laman Facebook anti-Umno, Ameno World, tiga lelaki berpakaian serba hitam dan menutup muka mereka membuat ugutan itu dengan latar belakang bendera Malaysia.
Individu yang bercakap dalam video itu mendakwa Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi negara "maju dan dihormati kerana rakyatnya tidak memilih saluran demokrasi untuk menjatuhkan petualang yang melindungi regim yang korup".
"Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh ketua polis negara, meletupkan keretanya.
"Dengan itu, semua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi," kata individu itu.
SUMBER: http://www.malaysiakini.com/news/290177
Facebook comments for blogger brought to you by 1Rakyat Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.