KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock
Menurut Malaysiakini ketika perhimpunan tersebut mereka melaung "siasat, siasat, siasat", di mana pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan sidang akhbar di hotel tersebut.
Pemimpin KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 10.20 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ, ketika masuk ke dalam hotel.
Turut kelihatan Penasihat DAP Lim KIt Siang dan Setiausaha parti itu Lim Guan Eng berhimpun bersama-sama dengan orang ramai.
Kira-kira 10 minit kemudiannnya, polis pencegah rusuhan mula betindak meleraikan orang ramai menyebabkan berlaku pergelutan di situ.
Sekurang-kurangnya tujuh orang ditahan.
Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dan exco Selangor Dr. Xavier Jayakumar antara yang ditahan kerana berhimpun di luar bangunan SPRM tadi.
Seorang exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Blogger Comment
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.